My ClaN

Sunday, March 23, 2014

It's been a while...

I know..

It's been a while since I blogged. I mean I love blogging but the courage to write is no longer there.

Just wanna make it short and simple.

I'm alone tonight. Wondering what life is.

Dan 27 tahun hidup. Still sorang-sorang gak. Still rasa tak berjaya. Still rasa banyak yang tak capai lagi.

Tapi kalo nak banding hidup ngan orang yang kurang bernasib baik, aku rasa memang aku ni beruntung sangat.

Keje tetap ada.

Kete ada.
Cukup makan & minum.
Badan dah kurus.

Maybe peneman je yang takde kot. Hahahhaa...

Takpelah.. Sabar la... Esok-esok hidup akan ok..

Syukurlah dengan apa yang ada Shah... 

Sunday, December 30, 2012

SAHABAT


Semalam aku ada SMS pada seseorang yang lama dah aku tak hubungi. Aku SMS dia dengan niat untuk menyambung kembali pertalian persahabatan yang renggang antara kami.

'Salam, apa kabar? Sehat ke? Aku minta maaf sebab lama tak hubungi ko. Aku perlukan ruang dan aku rasa ko pun perlukan perkara yang sama. Alhamdulillah aku dah ok. Aku harap kita dapat bersahabat sampai bila-bila. Amin.'

Itulah antara isi kandungan SMS yang aku hantar pada dia. Tipu kalau aku kata aku tak mengharap dia balas SMS aku. Tapi sehingga ke waktu ini, tiada balasan SMS yang aku terima. Mungkin dia sibuk. Mungkin dia tengah bergembira bersama keluarga tersayang.

Aku doa pada Allah semoga kami dapat bersahabat seperti dulu. Apa pun yang berlaku antara kami, biarlah dilupakan. Aku dah bersedia untuk bukak lembaran baru. Aku harap dia jumpa penutup pada episod lepas sebagaimana apa yang aku lalui.

Sekarang aku tenang dan aku berdoa Allah berikan ketenangan kepada dia. Tapi kalau dia dah tak sudi, aku redha.

Lusa Tahun Baru 2013. Aku masih menunggu jawapan sahabat di sana. Harap dia tak sibuk.

Saturday, December 29, 2012

APA MAKNA SEMUA NI?

Malam tu, aku bosan. Jadi aku pun SMS dia. Masa tu aku kat Melaka sebab sekolah aku buat family day kat Masjid Tanah. So malam tu, aku lepak ngan dia kat tepi pantai.

Dia datang bawak kek Secret Recipe dan aku plak sediakan air untuk kami lepak malam tu. Suasana malam memang tenang. Kitaorang lepak dalam pukul 1 pagi macam tu la... Saje nak hilangkan bosan.

Malam tu kitaorang rancak sembang. Dia jenis yang ringan mulut nak bersembang dan aku plak jenis yang rajin nak mendengar. Dan malam tu jugak, perangai kebudakan dia keluar. Muka je ganas tapi manja sebenarnya.. Hahaha...

Tapi malam tu memang satu malam yang akan aku ingat sampai bila-bila. Bulan mengambang penuh, cuaca elok dan pantai yang tenang. Dah lama rasanya aku tak rasa ketenangan seperti ini. Indahnya dunia ciptaan Allah.

Sepanjang berbual, kami banyak berkongsi kisah hidup. Dia dah 26 tahun tapi pengalaman hidup dia cukup banyak. Dan banyak yang aku belajar daripada apa yang dia katakan. Kebetulan, aku sendiri pun dalam keadaan yang memang perlukan seseorang untuk berkongsi cerita.

Tetiba....

Aku   : Weh!!! Penyu!!!
Dia    : A'ah la... Penyu!!! Dia naik nak bertelur tu!!!

Tak lama selepas tu, seorang pak cik datang dan dia bagitau tentang perkara tersebut. Aku plak dok excited nak tengok penyu. Tapi rupa-rupanya penyu ni sensitif kalo nak bertelur. Jadi penyu tu pun pergi tanpa bertelur.

Tetiba dia tanya:

Apa makna semua ni?

Aku pandang dia dan dia pandang aku. Kemudian hanya senyuman yang dapat kami ukirkan.

Kami pulang ke bilik masing-masing pada pukul 4 pagi. Sebelom tido, aku terpikir:


BULAN MENGAMBANG PENUH

PANTAI YANG TENANG


&

PENYU YANG MUNCUL SECARA TIBA-TIBA.




Apa makna semua ni?





Sunday, December 9, 2012

Tips Menjaga Solat


Assalamualaikum semua... Lama aku tak bersiaran. Lama jugak blog ni aku biarkan. Bukan taknak update tetapi feel nak update tu takde. So aku biar la sampai header aku pun tak tau pegi mana.

Kali ni aku berkongsi tentang tips menjaga solat. Mungkin agak poyo bagi sesetengah korang yang kenal aku sebab aku ni blogger yang penuh dengan tulisan yang ayatnya "kasar". Tapi tips ni lebih kepada peringatan pada diri aku.

Tips ni aku ambil daripada pakarhowto.com. Aku cuma ringkaskan serba sedikit. Harap empunya artikel tak marah aku "cilok" tulisannya.

1. Tingkatkan kesedaran solat

    
Adanya kesedaran memang amat penting. Kalau tak sedar, sampai bila tak solat. Cuba baca buku-buku agama berkaitan solat. Insya-Allah akan memberi kesedaran yang lebih lagi.

2. Berkawanlah dengan orang yang menjaga solat


Kadang-kadang faktor luar mempengaruhi solat kita. Sekiranya kita dikelilingi rakan-rakan yang jaga solat, dengan izin Allah, kita akan menjaga solat.

3. Cuba lawan hawa nafsu 

Kadang-kadang kita malas untuk melaksanakan solat. Hawa nafsu dan rasa malas menguasai diri. Sebenarnya dalam hal ehwal solat, kita kena paksa diri kita. Lama-lama nanti dah biasa, kerjanya mudah.

Rasanya itu sahaja yang aku dapat kongsikan. Harap bermanfaat untuk kawan-kawan semua.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...