My ClaN

Sunday, September 14, 2008

Semalam...

Semalam, aku bangun pagi dengan tahap kemalasan dewa. Mana tak malas, semalam aku kena pegi ko-k khidmat masyarakat. Dahlah bukan ko-k pilihan aku. Hampeh tol.. Minggu ni adalah minggu kedua pegi sekolah. (eh, minggu kedua ke?) Time aku kuar bilik, aku tak nampak pun sorang budak course aku. Rupa-rupanya dia orang suma dah berkumpul kat dalam bas. Yang bestnyer, Looi siap call aku, suruh pesan kat pak cik bas tu supaya tunggu diaorang. Aku plak mengangguk je... (mengangguk macam Looi kat depan aku je..)

Sampai kat sekolah, budak-budak sekolah tu dah berbaris tunggu giliran. Yang kesiannya, kalo kakak atau abang dia orang tak datang ko-k, maksudnya dia orang dok berbaris sampai ada orang datang ambik. Macam biasa, aku ngan adik aku, Lan. Mamat ni tak perlu aku ajar dah. Memang dah pandai BI walaupun tenses ngan struktur ayat berterabur.( 2 kali 5 macam aku gak! Tenses sampai sekarang berterabur!!!)


Pegi sekolah bukan tak best! Minggu lepas memang aku hepi gler pegi sekolah coz aritu kita orang buat aktiviti dalam kumpulan. Buat cheer la.. Kenalkan diri la.. Memang sangat happening but this week, kita orang kena balik buat personal tutor kat budak-budak tu.. Aku plak nama je bakal cikgu BI tapi time nak explain kat si Lan, aku sendiri jadi tak reti. Kalo aku cite yang lebih-lebih plak nanti, dia tak paham plak... Perkara yang aku takut sekarang adalah "menyesatkan" adik aku. Huhuhuhuh.... Nasib la pas sejam, Ameq datang dan suruh buat grouping macam minggu lepas. Aku pun ape lagi, memang hepi la.. Sape tak bosan ngajar. Aku kesian tahap badak tengok muka Lan. Dia blank ngan ape yang aku ajar. Nasib ko Lan dapat abang macam aku... Huhuhuhu.... Lepas abis grouping, kita orang balik UUM.









Sampai je kat bilik, aku tukar baju, then terus tido. Letih sial....









Dalam kul 3.30 petang, aku bangun sebab sakit leher. (Mana tak sakit leher, tido je keje...) Lagipun time tu, aku tak solat Zohor lagi. So, pas solat Zohor, aku ajak si Fami g mall. Tup.. tup.. tup.. Sampai je, mall tutup plak... Hampeh!!! Tapi yang bagusnya, badan aku berpeluh sebab berjalan pegi mall. Rasa sedap skit badan...


Malam tu pulak, aku bersiap nak g bukak ramai-ramai satu cohort. Memang lapar tahap gaban time tu.. Allah je yang tau.. So kita orang bertolak dalam pukul 7.40 petang. Pas solat maghrib, semua bergegas ke tempat makan tu.. Kita orang makan kat luar UUM. Not bad la...


Tapi yang tak bestnye, apa yang kita orang bayar tak setimpal ngan apa yang kita orang makan. Mana taknya, bayar RM14 tapi makannya macam makan makanan RM10. Rasa macam rugi je bayar tapi nak buat macam mana... Buka puasa ramai-ramai ni merupakan cohort event. Lagipun, lepas ni tak tau bila lagi nak bukak ramai-ramai. Dalam pukul 8.40 malam, kita orang bertolak balik UUM. Kepala aku pening wooo... Tak tau nape...





(p/s: Aku ada buat satu perkara time kat kedai makan tu... Rahsia aku selamanya. Hehehehe...)










No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...