My ClaN

Thursday, September 18, 2008

Sakit!!!

Aku tak tau macam mana aku nak mula cite apa yang berlaku kat aku 2 atau 3 hari lepas sebab aku dah lupa apa yang jadik. Tapi perkara yang aku takleh lupa ialah menahan sakit gigi. Sakit woo....

Alkisahnya bermula pada hari Selasa malam Rabu, time tu aku teman Pamie sahur kat Proton. Time tu aku dah mula rasa semacam kat gigi geraham belah kanan. Tapi aku buat tak tau je... Dalam otak aku, nanti oklah tu... Lepas sahur kita orang balik bilik masing-masing.

Time dalam bilik, aku baru sedar yang painkiller aku dah abis. Alamak!!! Mampus aku macam ni!!! Disebabkan aku dah mati akal, aku baring atas katil. Dalam sejam gak aku cuba lelapkan mata tapi takleh sebab sakit gigi aku dah boleh rasa sampai ke kepala dan telinga. Time tu, hanya Allah yang tau.. Sebab takleh tido, aku main mesej ngan Amnie, then buah hati aku ni suggestkan, kumur dengan air garam. So, aku pun pegi la tandas bawak gelas ngan garam yang aku beli kat Emzek. Kumur-kumur, dah rasa kurang sikit sakitnya tapi aku still takleh tido. Roomate aku plak, time tu dah terlena kat atas katil dia. aku plak terbaring tahan sakit gigi.

Then, aku isi masa aku ngan baca buku daripada the best thriller writer in the world, the late Sidney Sheldon. Aku tak sure buku "Morning, Noon And Night" ni buku yang keberapa tapi yang aku tau, tak rugi baca buku Sidney Sheldon. Bahasa beliau mudah difahami, memang simple English tapi yang paling best ialah cara penulisan Sheldon yang boleh membuatkan kita takmau berhenti baca buku beliau. Setakat ni, buku yang paling best ialah "The Doomsday Conspiracy". Buku tu aku leh abis baca satu malam je.. Kalo tak silap, dah dua kali aku baca buku "The Doomsday Conspiracy". Aku siap rekemen kat kawan-kawan aku.

Akhirnya, dalam pukul 5 pagi, aku tertido gak akhirnya. Memang aku tido lena tahap gaban. Entah macam mana, aku terjaga pukul 10.38 pagi. Alamak, mampos la aku!!! Pukul 11 pagi tu, aku ada kelas Dr. Halim. Aku terduduk atas katil dengan muka mamai. Nak pegi atau tak nak pegi. Last-last, aku decide better aku takyah pegi. Sebaliknya, aku tukar baju dan terus pegi Pusat Kesihatan Universiti.

Sampai kat Pusat Kesihatan Universiti, aku terus daftar. Nasib aku baik sebab tak ramai pesakit. Biasanya, kalo pegi pukul 11 pagi, memang tak diterima sebab orang dah ramai time tu. Tak sampai 5 minit, aku disuruh masuk jumpa doktor. Aku pikir doktor tu nak tampal gigi aku, ntah macam mana, dia cakap yang dia tak boleh tampal gigi aku. Oh my God!!! Not another sleepless night. Huhhuhuh... Tapi nak buat macam mana, aku kena ikut jugak nasihat doktor gigi tu. Kalo aku tampal gak, lagi sakit katanya. So at the end, aku balik bilik dengan bawak ubat penahan sakit ngan antibiotik. Huhuhuhu....


Sampai kat bilik, gigi aku still sakit. So, aku pikir baik aku tido. So petang tu, aku ponteng klas lagi. Sakit woo....

Hari ni pulak, Looi bagi aku ubat gigi brand Neways. Katanya, bebas kimia dan florida. Baru tadi aku cuba, not bad la... Sedap pun sedap!!! Hahahahha.... Thanks Looi... Thank you so much!!!

(p/s: aku pikir nak cabut je gigi ni... Malas dah nak tunggu tampal.)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...