My ClaN

Tuesday, October 14, 2008

Siblings yang BEST!!!

Minggu ni, aku hidup dalam keadaan yang aku sendiri tak reti nak jelaskan. Kekadang tu, aku terpikir benda-benda yang ntah pape. Aku pun tak paham apa yang aku nak. Assignment banyak memang dah jadi perkara biasa bila jadi student. Aku sebenarnya letih rindu kat orang-orang yang aku sayang. My family, my nephew dan buah ati aku. Rindu nak balik umah, rindu nak lepak ngan akak-akak aku yang sewel tapi best!!! Rindu kat anak buah aku yang sorang tu, rindu nak tido pepuas dan rindu nak ada banyak masa free yang aku leh buat apa yang aku nak. Yang paling bestnyer, rindu nak dengar mak aku berleter. Hahahahaha….

Kalo kat umah, masa yang paling aku rindu ialah bila kita orang adik-beradik berkumpul ramai-ramai sebelum tido. I treasure that moment to the MAX!!! Aku ingat lagi tahun lepas time aku cuti tiga bulan. Ada sekali kita orang semua berkumpul ramai-ramai. Time tu meriah siot!!! Abang ipar aku pun join sekali time tu… Kita orang dok gelak pasal macam-macam perkara. Yang paling best sembang pasal mak cik-mak cik belah abah aku yang andartu sampai sekarang. Akak aku yang sulung suke buat cite lawak yang ntah pape pasal diaorang. Hahahaha…. Sangat seronok. Time tu aku rasa kita oranglah siblings yang paling best kat dunia ni. Walaupun masing-masing dah dok jauh, kita orang cukup rapat.

Akak aku yang sulung sekarang dok kat Bintangor. Yang kedua kat Mukah. Yang ketiga kat Kuching. Yang keempat dok kat umah sebab dia baru abis study. Aku plak terpelanting jauh sampai Universiti Ulu Malaysia ni… Adik aku yang kecik plak dok kat umah sebab dia baru Tingkatan Satu. Boleh kata walaupun dok jauh, kita orang still ada connection antara satu sama lain. Jauh di sudut hati aku, aku harap sangat yang kita orang akan kekal macam tu walaupun kita orang dah beranak-pinak atau bercucu-cicit.

Kekadang aku jadik sedih bila dengar ada adik-beradik yang bergaduh sesama sendiri. Kita orang pun gaduh gak tapi dah lumrah dalam hidup ni. Tapi jangan la sampai gaduh bertahun tak bertegur sapa. Melampau tuh! Ada plak adik-beradik yang gaduh sebab harta family. Tak ke bengong namanya tu? Tapi macam aku cakap tadi, terpulang pada adik-beradik tu la.. I have no rights to judge others. Yang penting bagi aku ialah kita orang adik-beradik tak gaduh teruk macam yang lain.

Bila pikir-pikir balik, aku sangat bertuah ada adik-beradik yang rapat dengan aku. May God bless The Drahmans forever and ever. Amin….



(p/s: Sorang mak cik aku yang andartu meninggal seminggu selepas kita orang sembang pasal diaorang. Tak sempat mintak maaf. Huhuhuhu… Moga Allah mencucuri rahmat ke atasnya…)

1 comment:

chopstick said...

adikk shah...;)
remember me dude?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...