My ClaN

Sunday, October 19, 2008

Warkah Ingatan...

Segalanya bagai satu mimpi. Satu mimpi yang menjadi rintihan jiwaku pada masa ini. Satu mimpi yang merupakan kenangan yang terlalu sukar untuk aku lupakan. Kenangan yang baru sahaja berlalu semalam. Kenangan yang membuatkan jiwa ini rindu. Namun, rindu itu hanya boleh aku ubati dengan tangisan dan rintihan.

Aku tidak menyangka bahawa pertemuan itu adalah pertemuan yang amat bermakna. Pertemuan yang menjadi bukti bahawa cinta dan kasih sayangku terhadap dirinya masih utuh dan kekal seperti sebelumnya. Aku fikir perasaan itu telah hilang ditelan waktu. Namun aku silap!

Aku sangkakan bahawa segalanya sudah berakhir antara aku dan dia. Apa yang berlaku pada masa lalu hanyalah memori yang menjadi satu pengajaran bagi diri ini. Satu pengajaran besar apabila kesetiaan dirinya aku jadikan satu permainan. Dan pertemuan itu menyatakan betapa sesalnya diriku ini. Kerna pertemuan itu terlalu bermakna hingga membuatkan jiwa ini lemah untukku melangkah.

Apa yang aku tahu, hatinya milik seseorang. Seseorang yang dia cinta untuk selamanya. Seseorang yang telah mengubah dirinya. Seseorang yang bagi dirinya adalah cinta sejati hingga ke akhir hayat. Seseorang yang bagi dirinya adalah dunia kebahagiaan.

Apa yang pasti sekarang, aku ingin dia bahagia. Bahagia dengan seseorang yang boleh membahagiakan dirinya. Seseorang yang aku harap menghargai dirinya seadanya. Aku? Apa yang pasti, aku tetap di sini. Biarlah cinta ini aku simpan jauh di dalam lubuk hatiku. Kerna aku tahu, cinta ini takkan mungkin terpadam dan akan terus membara hingga ke akhirnya. Biarlah kenangan yang kami lalui bersama aku ukirkan di sanubariku. Agar kenangan itu terpahat kukuh di jiwa hingga ke akhir nafasku.

Dan...

Pesanku pada dirinya:

Untuk si dia yang aku kenal,
Cinta dan sayang aku padanya tidak akan pernah padam,
Buatlah aku tersenyum dengan bahagiakan dirimu,
Pejamkan matamu aku pasti disisi.

~weareshah~
(10 November 2007)

(p/s: Warkah ini merupakan satu luahan perasaan aku terhadap seseorang yang pernah mengajar aku erti cinta dan kasih sayang. Dia membuatkan aku sedar betapa pentingnya kesetiaan, kepercayaan dan tolak-ansur di dalam sesuatu perhubungan. Manusia hanya akan menghargai apabila kehilangan dan itulah yang terjadi pada aku. Apapun aku harap kesilapan yang telah aku lakukan merupakan satu pengajaran kepada orang lain. Pesan aku kepada semua, hargai dan cintailah si dia seadanya kerana sakitnya kehilangan seseorang yang kita sayang adalah satu kesakitan yang amat memeritkan.)

1 comment:

Fairy said...

huhuhu
it's really hurt...coz broken heart have no spare part...=(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...