My ClaN

Saturday, December 29, 2012

APA MAKNA SEMUA NI?

Malam tu, aku bosan. Jadi aku pun SMS dia. Masa tu aku kat Melaka sebab sekolah aku buat family day kat Masjid Tanah. So malam tu, aku lepak ngan dia kat tepi pantai.

Dia datang bawak kek Secret Recipe dan aku plak sediakan air untuk kami lepak malam tu. Suasana malam memang tenang. Kitaorang lepak dalam pukul 1 pagi macam tu la... Saje nak hilangkan bosan.

Malam tu kitaorang rancak sembang. Dia jenis yang ringan mulut nak bersembang dan aku plak jenis yang rajin nak mendengar. Dan malam tu jugak, perangai kebudakan dia keluar. Muka je ganas tapi manja sebenarnya.. Hahaha...

Tapi malam tu memang satu malam yang akan aku ingat sampai bila-bila. Bulan mengambang penuh, cuaca elok dan pantai yang tenang. Dah lama rasanya aku tak rasa ketenangan seperti ini. Indahnya dunia ciptaan Allah.

Sepanjang berbual, kami banyak berkongsi kisah hidup. Dia dah 26 tahun tapi pengalaman hidup dia cukup banyak. Dan banyak yang aku belajar daripada apa yang dia katakan. Kebetulan, aku sendiri pun dalam keadaan yang memang perlukan seseorang untuk berkongsi cerita.

Tetiba....

Aku   : Weh!!! Penyu!!!
Dia    : A'ah la... Penyu!!! Dia naik nak bertelur tu!!!

Tak lama selepas tu, seorang pak cik datang dan dia bagitau tentang perkara tersebut. Aku plak dok excited nak tengok penyu. Tapi rupa-rupanya penyu ni sensitif kalo nak bertelur. Jadi penyu tu pun pergi tanpa bertelur.

Tetiba dia tanya:

Apa makna semua ni?

Aku pandang dia dan dia pandang aku. Kemudian hanya senyuman yang dapat kami ukirkan.

Kami pulang ke bilik masing-masing pada pukul 4 pagi. Sebelom tido, aku terpikir:


BULAN MENGAMBANG PENUH

PANTAI YANG TENANG


&

PENYU YANG MUNCUL SECARA TIBA-TIBA.




Apa makna semua ni?





1 comment:

Izzat Aziz said...

mesti penyu kata potong stim, nak buat projek pun tak leh.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...