My ClaN

Sunday, December 9, 2012

Tips Menjaga Solat


Assalamualaikum semua... Lama aku tak bersiaran. Lama jugak blog ni aku biarkan. Bukan taknak update tetapi feel nak update tu takde. So aku biar la sampai header aku pun tak tau pegi mana.

Kali ni aku berkongsi tentang tips menjaga solat. Mungkin agak poyo bagi sesetengah korang yang kenal aku sebab aku ni blogger yang penuh dengan tulisan yang ayatnya "kasar". Tapi tips ni lebih kepada peringatan pada diri aku.

Tips ni aku ambil daripada pakarhowto.com. Aku cuma ringkaskan serba sedikit. Harap empunya artikel tak marah aku "cilok" tulisannya.

1. Tingkatkan kesedaran solat

    
Adanya kesedaran memang amat penting. Kalau tak sedar, sampai bila tak solat. Cuba baca buku-buku agama berkaitan solat. Insya-Allah akan memberi kesedaran yang lebih lagi.

2. Berkawanlah dengan orang yang menjaga solat


Kadang-kadang faktor luar mempengaruhi solat kita. Sekiranya kita dikelilingi rakan-rakan yang jaga solat, dengan izin Allah, kita akan menjaga solat.

3. Cuba lawan hawa nafsu 

Kadang-kadang kita malas untuk melaksanakan solat. Hawa nafsu dan rasa malas menguasai diri. Sebenarnya dalam hal ehwal solat, kita kena paksa diri kita. Lama-lama nanti dah biasa, kerjanya mudah.

Rasanya itu sahaja yang aku dapat kongsikan. Harap bermanfaat untuk kawan-kawan semua.

1 comment:

Izzat Aziz said...

Satu lagi cuba kalau dengar Azan je terus ke masjid/surau kalau tak de halangan. Kalau ada, terus ambil air sembahyang dan solat tanppa tangguh seminit atau dua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...