My ClaN

Thursday, May 28, 2009

Sepi The Movie

Korang penah tengok filem Sepi tak?

Rasanya dah lama gak cite ni kuar tapi baru bulan lepas aku tengok.

Aku tak layan sangat filem Melayu.

Tapi...

Filem Sepi ni berbeza.

Sampai leh menangis tengok.

Cite dia memang la cite cinta.

Tapi kalo korang perasan, itulah cerita kehidupan sebenar.

Rasanya Kabir Bhatia buat sesuatu yang lain daripada yang lain kali ni.

Lagi bagus daripada filem pertama, Cinta.

Sinopsis Cite ni...
(taken from http://mycelebritynews.wordpress.com )

Jalan menemui kebahagiaan tidak selalunya mudah. Untuk Adam, Sufi dan Imaan, sepi terlebih dahulu menjengah kehidupan mereka. Sepi membuatkan mereka mencari cinta, memilih cinta dan menggenggam cinta. Sepi lah yang mengajar mereka erti cinta.

Adam seorang chef yang berjaya,dan kek perkahwinannya yang sering menjadi idaman dan pilihan para pengantin. Dia sentiasa menghadiri majlis2 perkahwinan;tanpa pasangan. Walau pun sentiasa dikelilingi oleh kawan2, Adam rasa keseorangan. Walau sentiasa kelihatan ceria, hatinya masih tercari-cari. Dia inginkan seseorang untukberkongsi rahsia, tapi mungkinkah cinta yang dicarinya, telah lama berada di depannya?

Setelah kematian isterinya, Sufi terbeban dengan memori silam. Hatinya yang kosong enggan meneruskan hidup tanpa kekasih hati. Dia ‘berlari’-menjauhkan diri daripada realiti kehidupan, kerjaya, malah anaknya sendiri. Tidak terbayang olehnya cinta akan menjenguknya lagi. Bukankah cinta hanya datang sekali dalam hidup ini?.

Imaan kecewa apabila pementasan teater hasil nukilannya tidak diambil serius oleh pelakon utamanya, Ean. Imaan bencikan Ean, tetapi tanpa disedarinya, Ean berjaya mencuri hatinya. Benci berubah menjadi bibit2 cinta. Tetapi Imaan sudah berpunya. Hatinya tersepit antara kasih pada dua lelaki yang begitu penting dalam hidupnya. Akhirnya, cinta memaksa Imaan membuat pilihan.

3 kisah yang berbeza, terikat dalam 1 ‘destiny’.

Ada tiga kisah dalam filem ni tapi satu kisah berakhir dengan kesedihan.

Tapi hidup sememangnya macam tu..

Not everything ends with happiness..

Sometimes, it ends with sadness.

Papepun, kite percaya pada Allah...

Kerna Dia Maha Mengetahui.

(p/s: ape nama lagu masa Afdlin kejar Vanida ek?)

Wednesday, May 27, 2009

St. Christopher : Tempat aku SBE

Masa on the way balik Mukah aritu, tetiba je aku teringat kat Program Pengalaman Berasaskan Sekolah (SBE) yang aku buat masa second semester kat maktab.

Memang best time tu!!!

Sekolah yang aku pilih adalah salah satu sekolah antarabangsa kat Penang iaitu Saint Christopher International Primary School.

Nak tau pe bestnyer sekolah tu?

Meh kte jenguk...



Sekolah ni penuh ngan pelajar-pelajar antarabangsa yang datang daripada serata dunia macam Kanada, Amerika Syarikat, France dan banyak lagi. Tetapi menurut tenaga pengajar, sekarang pelajar tempatan lagi ramai kat situ. Katanya mak bapak dia orang sanggup berhabis duit hantar anak sebab nak bagi anak-anak dia orang fluent berbahasa Inggeris. Dan kalo tak silap, untuk seorang pelajar, mak bapak dia orang kena bayar RM3000-RM5000 untuk 1 semester. (1 semester bersamaan dengan 3 bulan). Jadi yang masuk sekolah ni, mostly anak-anak orang berada je...


Gambar ni aku saje nak letak kat sini sebab dalam gambar ni ada Aishah (yang dok atas kusyen biru-hijau tu…) Budak ni memang comey. Kejap je dah pandai manja dengan aku. Time nak balik maktab lepas abes observation, aku terjumpa dia. Tetiba je dia peluk aku. Terharu sey… Aishah ni adalah pelajar Melayu tunggal dalam kelas ni. Dan menurut tenaga pengajar, jarang ada pelajar Melayu atau Bumiputera kat sekolah ni. Kalo ada pun, leh kire pakai jari.


Kat atas ni plak, gambar-gambar pelajar yang menunjukkan kelakuan atau prestasi yang cemerlang pada setiap minggu. Papan “Stars of the Week” ni akan diupdate setiap minggu dan diletakkan di tempat menunggu yang disediakan khas untuk ibu bapa. So kat sini aku nak suggest pada para guru macam Abang Padlah ngan Abang Matno untuk wujudkan papan ni. Kalo tak dapat nak buat secara mingguan, buat tiga bulan sekali pun ok. Papan ni boleh beri motivasi untuk budak-budak agar usaha dengan lebih kuat lagi.


Cuba teka gambar kat atas tu gambar sape?

Guru kelas? Bukan!

Pelajar? Pun bukan!

Tau tak sape?

Inilah gambar pembantu atau teacher’s assistant di dalam kelas. Setiap guru yang mengajar ada assistant dia orang sendiri. Assistant ni akan bantu untuk kemaskan kelas, kawal budak-budak time cikgu tengah buat personal tutor, sediakan bahan-bahan mengajar dan macam-macam lagi. Dalam erti kata lain, tanggungjawab guru adalah sepenuhnya untuk mengajar para pelajar. Kalo guru kat Malaysian public school ada kemudahan macam ni, mesti best kan? Maksud aku, tugas mendidik dan mengajar pelajar boleh dimaksimakan dan guru ada banyak masa untuk bantu para pelajar tingkatkan prestasi dia orang. Mungkin 10 tahun lagi akan ada? Who knows right?


Aku letak gambar ni bukan nak tayang air-cond kat sekolah tu tapi nampak tak white board yang betul-betul bawah air-cond tu? Tau tak tu bukan white board biasa tapi sebenarnya “Smart Board”. Dalam seumur hidup aku, inilah kali pertama aku berjumpa papan ni. Aku dok UUM pun tak penah jumpa benda alah ni. Hampir semua kelas kat sekolah ni ada papan ni. Dan yang paling bestnyer, apa yang ditulis atas papan ni akan kuar kat skrin komputer. Siap leh conteng-conteng ngan padam macam white board biase. Tau bape harganya? USD 10 000!!!


Ni gambar kenangan kami sebelum bertolak balik ke maktab. Daripada kiri, Diana, aku, Vice Principal, Pami, Paiz ngan Tipah.The vice principal is so nice to us. She’s very kind and helpful throughout the entire programme and we are so glad to visit this school. In fact, we are very much welcome to this school again. What an honour!!!

Papepun, pengalaman masa kat sekolah tu aku memang takleh lupe sampai bile-bile.

Aku terpikir satu perkara, betapa untungnya kite dok Malaysia sebab dapat kemudahan untuk belajar tak kira kat sekolah antarabangsa, sekolah swasta atau sekolah kerajaan.


Tak macam budak-budak kat tempat lain.

Lagi satu, tak salah rasanya kalo kite belajar dan cuba praktikkan budaya yang elok di sekolah-sekolah swasta atau antarabangsa di sekolah-sekolah biasa.


Tol tak?

(p/s: Sekolah ni ada kes buli tak? Lupe nak tanya kat cikgu kat sekolah tu…)

Tuesday, May 26, 2009

Comel tak saya?

Assalamualaikum semua…

Nak kenal saya tak?

Nama saya Faris Danial Danishz. Panggil je saya Danish.

Mummy yang bagi nama tu...

Tapi ayah cik saya yang hensem tu nak panggil saya Dane. Katanya sempena nama ‘Dane Humprey’ dari cite Gossip Girl.

Tak ske ar nama tu… Tak besh!!! (Jangan gtau ayah cik tau…)

Buat pengetahuan semua, saya ahli baru keluarga The Drahmans.

Saya lahir 30 April 2009. Baru je… Birthday saya taun depan jangan lupe bagi hadiah tau...

Hobi saya ialah minum susu bebanyak. Pas kenyang minum susu saya tido la...

Nak tau tak? Kalo orang jumpe saya, dia orang sebok cium pipi saya.

Saya tau la saya comel tapi kalo asyik kena cium je, rimas jugak...

Tapi takleh nak buat aper… Saya pasrah je la...

Nak buat macam mana kan? Orang comel macam saya banyak peminat.

Oklah.. Nak tdo ni..

Mummy nak dodoikan..

Ta ta suma...



(p/s: Lagi satu,jangan gtau ayah cik saya guna laptop dia tau…)

Monday, May 18, 2009

MUKAH, i'm COMING...

Mukah oh Mukah...

Malam ni aku akan bertolak ke MUKAH.

My beloved hometown.

My real home.

My home sweet home.

Doakan perjalanan aku ye...

Semoga sampai dengan selamat...

Amin...

(p/s: Tak sabar nak jumpa Danish... Buah ati aku yang terbaru...)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...