Memang best time tu!!!
Sekolah yang aku pilih adalah salah satu sekolah antarabangsa kat Penang iaitu Saint Christopher International Primary School.
Nak tau pe bestnyer sekolah tu?
Meh kte jenguk...
Sekolah ni penuh ngan pelajar-pelajar antarabangsa yang datang daripada serata dunia macam Kanada, Amerika Syarikat, France dan banyak lagi. Tetapi menurut tenaga pengajar, sekarang pelajar tempatan lagi ramai kat situ. Katanya mak bapak dia orang sanggup berhabis duit hantar anak sebab nak bagi anak-anak dia orang fluent berbahasa Inggeris. Dan kalo tak silap, untuk seorang pelajar, mak bapak dia orang kena bayar RM3000-RM5000 untuk 1 semester. (1 semester bersamaan dengan 3 bulan). Jadi yang masuk sekolah ni, mostly anak-anak orang berada je...
Gambar ni aku saje nak letak kat sini sebab dalam gambar ni ada Aishah (yang dok atas kusyen biru-hijau tu…) Budak ni memang comey. Kejap je dah pandai manja dengan aku. Time nak balik maktab lepas abes observation, aku terjumpa dia. Tetiba je dia peluk aku. Terharu sey… Aishah ni adalah pelajar Melayu tunggal dalam kelas ni. Dan menurut tenaga pengajar, jarang ada pelajar Melayu atau Bumiputera kat sekolah ni. Kalo ada pun, leh kire pakai jari.
Kat atas ni plak, gambar-gambar pelajar yang menunjukkan kelakuan atau prestasi yang cemerlang pada setiap minggu. Papan “Stars of the Week” ni akan diupdate setiap minggu dan diletakkan di tempat menunggu yang disediakan khas untuk ibu bapa. So kat sini aku nak suggest pada para guru macam Abang Padlah ngan Abang Matno untuk wujudkan papan ni. Kalo tak dapat nak buat secara mingguan, buat tiga bulan sekali pun ok. Papan ni boleh beri motivasi untuk budak-budak agar usaha dengan lebih kuat lagi.
Cuba teka gambar kat atas tu gambar sape?
Guru kelas? Bukan!
Pelajar? Pun bukan!
Tau tak sape?
Inilah gambar pembantu atau teacher’s assistant di dalam kelas. Setiap guru yang mengajar ada assistant dia orang sendiri. Assistant ni akan bantu untuk kemaskan kelas, kawal budak-budak time cikgu tengah buat personal tutor, sediakan bahan-bahan mengajar dan macam-macam lagi. Dalam erti kata lain, tanggungjawab guru adalah sepenuhnya untuk mengajar para pelajar. Kalo guru kat Malaysian public school ada kemudahan macam ni, mesti best kan? Maksud aku, tugas mendidik dan mengajar pelajar boleh dimaksimakan dan guru ada banyak masa untuk bantu para pelajar tingkatkan prestasi dia orang. Mungkin 10 tahun lagi akan ada? Who knows right?
Aku letak gambar ni bukan nak tayang air-cond kat sekolah tu tapi nampak tak white board yang betul-betul bawah air-cond tu? Tau tak tu bukan white board biasa tapi sebenarnya “Smart Board”. Dalam seumur hidup aku, inilah kali pertama aku berjumpa papan ni. Aku dok UUM pun tak penah jumpa benda alah ni. Hampir semua kelas kat sekolah ni ada papan ni. Dan yang paling bestnyer, apa yang ditulis atas papan ni akan kuar kat skrin komputer. Siap leh conteng-conteng ngan padam macam white board biase. Tau bape harganya? USD 10 000!!!
Ni gambar kenangan kami sebelum bertolak balik ke maktab. Daripada kiri, Diana, aku, Vice Principal, Pami, Paiz ngan Tipah.The vice principal is so nice to us. She’s very kind and helpful throughout the entire programme and we are so glad to visit this school. In fact, we are very much welcome to this school again. What an honour!!!
Papepun, pengalaman masa kat sekolah tu aku memang takleh lupe sampai bile-bile.
Aku terpikir satu perkara, betapa untungnya kite dok Malaysia sebab dapat kemudahan untuk belajar tak kira kat sekolah antarabangsa, sekolah swasta atau sekolah kerajaan.
Tak macam budak-budak kat tempat lain.
Lagi satu, tak salah rasanya kalo kite belajar dan cuba praktikkan budaya yang elok di sekolah-sekolah swasta atau antarabangsa di sekolah-sekolah biasa.
Tol tak?
(p/s: Sekolah ni ada kes buli tak? Lupe nak tanya kat cikgu kat sekolah tu…)
No comments:
Post a Comment