My ClaN

Friday, May 15, 2009

Bersyukurlah...

Kekadang aku tak paham dengan perangai sesetengah manusia kat dunia ni...

Sesetengah manusia ada sifat yang tak reti nak bersyukur dengan apa yang Tuhan bagi.

Kekadang Tuhan bagi lebih daripada apa yang sepatutnya kita dapat tapi kita masih gak nak lagi.


Sebab sifat tak reti nak bersyukur ni, wujud plak sifat buruk lain...


Hasad dengki...


Cemburu tak tentu hala...


Tamak haloba...


Dan bermacam sifat lain lagi.


Aku bukan nak kata aku ni perfect sangat.
Kekadang aku pun tak reti nak bersyukur tapi mak aku selalu cakap:

"Kalo kite dapat sesuatu yang elok, kita jangan lupe nak terima kasih kat Tuhan. Tapi kalo ada peluang nak dapatkan sesuatu yang lagi elok daripada apa yang kite dapat sekarang, tak salah kite cuba..."

Aku tulis entry ni sebab aku tak paham ngan sorang mamat yang wujud kat UUM ni.


Nama mamat ni Jojo (bukan nama sebenar).

Jojo ni nampak je baik bile bersembang dengan orang tapi hatinya...


Masya-Allah!!!


Tuhan je la yang tau...

Tau tak ape yang aku tak paham tentang mamat si Jojo ni?


Aku tak paham kenapa dia perlu dengki dan perlu hasut orang lain.


Tak paham kenapa dia perlu mengumpat dan mengata.


Tak paham kenapa dia perlu hasut orang agar benci-membenci antara satu sama lain.


Dan...


Tak paham kenapa dia tak bersyukur sedangkan dia dah dapat apa yang dia nak.


Aku tak paham sangat-sangat.


Kekadang aku kesian tengok mamat ni.


Baru-baru ni aku nampak dia dok sorang-sorang dia.


Macam takde orang yang nak kawan ngan dia.


Tapi bila pikir-pikir balik, mungkin inilah yang orang kata KARMA.


Bila ko buat perkara baik, perkara baiklah yang ko dapat.


Begitu jugaklah sebaliknya.


Aku cuma harap yang satu hari mamat tu akan belajar bersyukur.


Dan menyedari salah dan silap dia.

Memang banyak orang yang dia penah sakitkan termasuk aku sendiri.


Tapi bagi aku, biarlah Dia yang balas.


Aku tak mau simpan dendam kat sapa-sapa.


Aku pun dah cukup bahagia dengan apa yang aku ada sekarang walaupun aku tak kaya mana.
Mungkin betul apa yang orang kata...

...kalo kite sentiasa bersyukur, yang susah pun jadi senang.


Dan aku harap aku akan takkan lupa bersyukur kalo Dia kurniakan apa-apa yang elok untuk aku.


Amin…


keep this in mind, Shah..

(p/s: Ada sape-sape nak kayakan aku?)

5 comments:

Joe said...

jojo?

mcm nama aku jer..

aku mintak maaf la slah silap yer..

sHaH said...

joe: bukan ko la.. ko kan juhairi. ko tak nampak dalam bracket, nama jojo tu bukan nama sebenar. Paham?

sHaH said...

joe: sori kalo ko terasa.. tapi blog tu utk org lain.

ஐsHaLLotஐ™ said...

hahaha..joe traser...len kli letak nma glamer2, tong gas ke, sudu ke, tisu ke,,,baru takde org trasa =)hihi

sHaH said...

shallot: joe memang ske terasa. hehehe..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...