My ClaN

Thursday, October 30, 2008

Tengoh bengong skit...


Kalo tak silap aku, dah berpuluh aku bukak cite 9 September ni semata-mata nak dengar lagu "Terbang Bersama Cinta" dengan lagu "Pejamkan Mata".



Nape ek?



Kalo korang baca warkah ingatan aku, korang paham la...



Cite tu bukan setakat cite tapi satu ingatan untuk seseorang.



Aku ingat lagi masa lepas tengok cite ni...



Kuar panggung pegang tangan, pastu g makan ais-krim, amek gambar berdua, then g dinner.



Uwaa!!! Bestnyer...




(p/s: aku sebenarnya nak cite benda lain, tapi tertulis benda lain. Bengong tol la..)

My Movie Marathon

Terjadik on 29 Oktober 2008.

Time ni aku boring tahap babeng..

1. Texas Chainsaw Massacre - Ganas, memang patut ada viewer discretion, adegan potong-potong gergaji orang, bunuh-bunuh. Semua ada… Konklusi, aku hilang selera nak makan.


2. Bourne Ultimatum - Cite thriller pasal Jason Bourne. Filem yang ketiga. Filem aksi yang superb!!! Konklusi, aku bagi markah 6 dpd 10.


3. Flood - Cite dpd Great Britain. Pasal flood kat London. Ada family values tapi teknik special effects tak brape best. Konklusi, aku harap banjir kat Msia tak macam dalam cite ni.


4. National Treasure - Cite pasal carik harta karun. Ntah pape la cite ni tapi aku enjoy gler tgk. Ada elemen lawak dan aku suke giler kat karakter bernama Riley. Blur tapi bijak. Konklusi, aku nak tido tapi tak dpt coz mata tak ngantok.Nak watpe ek?



(p/s: My feveret is National Treasure. Ada sape-sape yang ada National Treasure 2?)

Monday, October 20, 2008

Ada sorang lecturer tuh...

Dalam banyak-banyak lecturer, aku jumpa sorang lecturer yang macam HARAM kat sini. Antara perkara "menarik"pasal dia adalah:-


1. Dia selalu bagi talk kat overseas.



"I gave a talk in US last time. I did a seminar in Papua New Guinea when I was there."


Macam HARAM!!!! Berlagak tahap DEWA!!! Ko ingat ko best sgt ke? Kita orang tak penah tanya pun pasal tu...



2. Dia banyak sedara yang keje tinggi-tinggi.



"I have a niece in London University who works as a lecturer and also work for a company."


Daaa!!! Ko punye nenek pun keje tinggi ke? Tinggi mana? Tinggi pokok kelapa?



3. Dalam kelas, suka marah-marah macam pompuan.




"Saya tak merajuk, saya membebel je"


Iyolah tu ko tak merajuk. Abis tu nape sampai cakap tak mau masuk kelas? Bajet ko ngajo best sangat.



4. Masa bulan posa aritu, dengan penuh bangganya berkata:-




"I bukak posa dengan satu lauk ngan nasik je.. Kuih-muih takdak."


Cakap je la isteri ko tu malas masak. Kan senang. Tak pun cakap je ko tu kedekut. Abis cite... Toksah la nak kata ko tu amalkan pemakanan sihat. Kalo tak nape ko gemok? BODOH!!!



5. Suruh orang buat keje nak suma dalam hard copy.



"Saya nak suma asignment dalam hard copy. Pastu tunjuk kat saya. Kalo saya tak puas ati, u kena buat lagi."



Ape? Ko ingat print assignment ko yang sampai berpuluh-puluh muka surat tu murah ke? Kalo silap, then buang dalam tong sampah pastu print yang baru plak? Woi, lecturer lain pun mintak draf assignment dalam soft copy, ko plak yang lebih-lebih. Bab 1 tol!!!


6. Dia suke buat pemerhatian dan penilaian pada orang. Dia cakap:


"I went to school to observe the teachers who teach my children"


Fuyoo!!! Kalah Jemaah Nazir ngan dia. Bengong!!!




(p/s: Cepat la semester ni abes...)



Sunday, October 19, 2008

Warkah Ingatan...

Segalanya bagai satu mimpi. Satu mimpi yang menjadi rintihan jiwaku pada masa ini. Satu mimpi yang merupakan kenangan yang terlalu sukar untuk aku lupakan. Kenangan yang baru sahaja berlalu semalam. Kenangan yang membuatkan jiwa ini rindu. Namun, rindu itu hanya boleh aku ubati dengan tangisan dan rintihan.

Aku tidak menyangka bahawa pertemuan itu adalah pertemuan yang amat bermakna. Pertemuan yang menjadi bukti bahawa cinta dan kasih sayangku terhadap dirinya masih utuh dan kekal seperti sebelumnya. Aku fikir perasaan itu telah hilang ditelan waktu. Namun aku silap!

Aku sangkakan bahawa segalanya sudah berakhir antara aku dan dia. Apa yang berlaku pada masa lalu hanyalah memori yang menjadi satu pengajaran bagi diri ini. Satu pengajaran besar apabila kesetiaan dirinya aku jadikan satu permainan. Dan pertemuan itu menyatakan betapa sesalnya diriku ini. Kerna pertemuan itu terlalu bermakna hingga membuatkan jiwa ini lemah untukku melangkah.

Apa yang aku tahu, hatinya milik seseorang. Seseorang yang dia cinta untuk selamanya. Seseorang yang telah mengubah dirinya. Seseorang yang bagi dirinya adalah cinta sejati hingga ke akhir hayat. Seseorang yang bagi dirinya adalah dunia kebahagiaan.

Apa yang pasti sekarang, aku ingin dia bahagia. Bahagia dengan seseorang yang boleh membahagiakan dirinya. Seseorang yang aku harap menghargai dirinya seadanya. Aku? Apa yang pasti, aku tetap di sini. Biarlah cinta ini aku simpan jauh di dalam lubuk hatiku. Kerna aku tahu, cinta ini takkan mungkin terpadam dan akan terus membara hingga ke akhirnya. Biarlah kenangan yang kami lalui bersama aku ukirkan di sanubariku. Agar kenangan itu terpahat kukuh di jiwa hingga ke akhir nafasku.

Dan...

Pesanku pada dirinya:

Untuk si dia yang aku kenal,
Cinta dan sayang aku padanya tidak akan pernah padam,
Buatlah aku tersenyum dengan bahagiakan dirimu,
Pejamkan matamu aku pasti disisi.

~weareshah~
(10 November 2007)

(p/s: Warkah ini merupakan satu luahan perasaan aku terhadap seseorang yang pernah mengajar aku erti cinta dan kasih sayang. Dia membuatkan aku sedar betapa pentingnya kesetiaan, kepercayaan dan tolak-ansur di dalam sesuatu perhubungan. Manusia hanya akan menghargai apabila kehilangan dan itulah yang terjadi pada aku. Apapun aku harap kesilapan yang telah aku lakukan merupakan satu pengajaran kepada orang lain. Pesan aku kepada semua, hargai dan cintailah si dia seadanya kerana sakitnya kehilangan seseorang yang kita sayang adalah satu kesakitan yang amat memeritkan.)

TiReD!!!!

I’m tired of…..

1) missing someone.
2) hoping.
3) expecting.
4) waiting.
5) thinking.
6) asking why.
7) reminiscing.
8) being tired.

TIRED LA!!!!!


(p/s: I'm just a human being....)

Friday, October 17, 2008

Baby Come Back!!!


HaHa!
You all need to get ready to hear
The unbelievable,
Indescribable
Vanessa Hudgens.
Baby V!

(Baby Come Back)

Everyday, I try to play, another game
But my heart can't take it.
I try to find, another boy,
But all the while, I can't face it.
Why do I miss you so much?
I wanna stop this hurt inside
Oh baby please, give us one more try

(Baby Come Back)

I see you out with all your friends
Laughin' it up as you pretend
To have a good time, (good time)
I know cause I'm living the same life (same life)
So one of us has got to say
We can't keep living this same way
So I'll be the one
Yeah I'll say it, I'll say it, I'll say it, I'll say it again

Baby Come back to me
In my heart I still believe
We were meant to be:
Together so whatever it takes (Baby Come Back)
Baby come back to me
I should have never set you free
My baby
Come back (Baby Come Back)

I wanna call, but then I stall,
Cause after all, I just couldn't take it
Cause if your play was to push me away
You know that day, my heart you'd break it (Baby Come Back)
I know we made a mistake, (I do)
Can't you stop your foolish pride (Oh no)
And come back to me
Let's try, Let's try, Let's try, Let's try it again

Baby Come back to me (Come Back)
In my heart I still believe
We were meant to be:
Together so whatever it takes (Baby Come Back)
Baby come back to me
I should have never set you free
My baby
Come back (Baby Come Back)

[Bridge:]
You know you miss your baby V
And I can see that you think about me
So why d you act like you don't care
Like all this love between us isn't there
I know that you're upset
I know I did you wrong
I know that you want me to pay for all the pain I've caused
But in the end it all comes down to just one thing,
It's you and me
So I sing

Baby Come Back!

Baby Come back to me
In my heart I still believe
We were meant to be:
Together so whatever it takes (Baby V! )
Baby come back to me (Come Back)
I should have never set you free
My baby
Come back
(Baby Come Back! )





Aku rasa ni kali kesepuluh aku dengar lagu ni malam ni. Aku pun tak tau nape aku suke sangat lagu ni.

Mungkin sebab lagu ni mengingatkan aku pada seseorang. “Dia” pernah kata yang “dia” minat Vanessa Hudgens sebab minah ni lawa dan cukup berbakat.


Well, I totally agree with that. Untung si Zach Efron sebab dapat minah ni.

(p/s: Lagu ni rancak tapi santai.)

Tuesday, October 14, 2008

Siblings yang BEST!!!

Minggu ni, aku hidup dalam keadaan yang aku sendiri tak reti nak jelaskan. Kekadang tu, aku terpikir benda-benda yang ntah pape. Aku pun tak paham apa yang aku nak. Assignment banyak memang dah jadi perkara biasa bila jadi student. Aku sebenarnya letih rindu kat orang-orang yang aku sayang. My family, my nephew dan buah ati aku. Rindu nak balik umah, rindu nak lepak ngan akak-akak aku yang sewel tapi best!!! Rindu kat anak buah aku yang sorang tu, rindu nak tido pepuas dan rindu nak ada banyak masa free yang aku leh buat apa yang aku nak. Yang paling bestnyer, rindu nak dengar mak aku berleter. Hahahahaha….

Kalo kat umah, masa yang paling aku rindu ialah bila kita orang adik-beradik berkumpul ramai-ramai sebelum tido. I treasure that moment to the MAX!!! Aku ingat lagi tahun lepas time aku cuti tiga bulan. Ada sekali kita orang semua berkumpul ramai-ramai. Time tu meriah siot!!! Abang ipar aku pun join sekali time tu… Kita orang dok gelak pasal macam-macam perkara. Yang paling best sembang pasal mak cik-mak cik belah abah aku yang andartu sampai sekarang. Akak aku yang sulung suke buat cite lawak yang ntah pape pasal diaorang. Hahahaha…. Sangat seronok. Time tu aku rasa kita oranglah siblings yang paling best kat dunia ni. Walaupun masing-masing dah dok jauh, kita orang cukup rapat.

Akak aku yang sulung sekarang dok kat Bintangor. Yang kedua kat Mukah. Yang ketiga kat Kuching. Yang keempat dok kat umah sebab dia baru abis study. Aku plak terpelanting jauh sampai Universiti Ulu Malaysia ni… Adik aku yang kecik plak dok kat umah sebab dia baru Tingkatan Satu. Boleh kata walaupun dok jauh, kita orang still ada connection antara satu sama lain. Jauh di sudut hati aku, aku harap sangat yang kita orang akan kekal macam tu walaupun kita orang dah beranak-pinak atau bercucu-cicit.

Kekadang aku jadik sedih bila dengar ada adik-beradik yang bergaduh sesama sendiri. Kita orang pun gaduh gak tapi dah lumrah dalam hidup ni. Tapi jangan la sampai gaduh bertahun tak bertegur sapa. Melampau tuh! Ada plak adik-beradik yang gaduh sebab harta family. Tak ke bengong namanya tu? Tapi macam aku cakap tadi, terpulang pada adik-beradik tu la.. I have no rights to judge others. Yang penting bagi aku ialah kita orang adik-beradik tak gaduh teruk macam yang lain.

Bila pikir-pikir balik, aku sangat bertuah ada adik-beradik yang rapat dengan aku. May God bless The Drahmans forever and ever. Amin….



(p/s: Sorang mak cik aku yang andartu meninggal seminggu selepas kita orang sembang pasal diaorang. Tak sempat mintak maaf. Huhuhuhu… Moga Allah mencucuri rahmat ke atasnya…)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...