My ClaN

Friday, May 15, 2009

Dia MINTAK MAAF

"adoi...jgn salah paham aper yang aku komen tu,aku dah baca semua n3 dlm blog ko nie...bukan satu dua n3 jer..tapi semua..dari 1st n3 sampai la yang terbaru..aku mmg perihatin pada setiap blog2 yang aku baca..mmg tak salah rasanya dari gaya penulisan dan bahasa seseorang tu kita boleh buat tafsiran awal...aku ulang sekali lagi(TAFSIRAN AWAL)mmg aku baru mengajar...tapi jawatan aku dah melebihi dr org yang dh kerja 10 tahun sebab nyer klu aku berkerja aku akan ambil semua tindakan dari segala aspek dan berkerja secara bersungguh2(nak lebih lanjut ko tanya la si bro matno tu apa jawatan yang aku ada sekarang nie)dia tau kerja aku cam mana...akhir kata.klu aku salah..aku mMINTAK MAAF..takder org tau pon ko nie siapa..jgn tension2 key...aku tak mention pon blog ko nie seperti yang selalu aku buat PADA BLOGER LAIN sebab aku rasa pendapat aku mungkin salah atau pun mungkin pendapat aku betol ibarat seperti aku meludah di langit jatuh ke muka sendiri.(pahamkan makna benda nie?) pd yang komen2 tu..takyah la nak terasa aper2 pon..diorg bukannya cikgu pun..ok?aku MINTAk MAAF klu ko tarasa hati key"

Ape yang korang nampak kat atas tu adalah kata-kata daripada blogger yang aku cakap dalam blog sebelum ni, “Pembetulan”.

Just nak gtau pada mamat tu, aku kuarkan komen ni sebab memang aku nak buat.

Bukan sebab dia suruh.


Aku tak kuarkan dalam masa terdekat sebab internet connection macam haram kat umah aku.

Papepun, I’m SURPRISED!!!

Aku tak sangka plak yang mamat ni akan mintak maaf kat aku.

Aku pikir yang dia akan lawan balik sebab sesetengah orang wat macam tu.

Walaupun aku still sakit ati dengan komen dia dan komen-komen blogger dia yang pepandai kata aku tak matang, tapi sebab dia dah mintak maaf aku malas nak amek port da...

Lagipun aku tak mau dok satu level dengan mamat tu...

Maksud aku, kalo orang lain wat jahat kat kite, then kite balas kejahatannya tu,
maksudnya kita sama level je ngan orang jahat tu…

So aku tak mau jadi macam dia…

Kalo aku nak jadi macam dia, dah lama aku reveal sape mamat tu...

Tapi sekali lagi aku tekankan kat sini yang aku tak hingin jadi macam dia.

Buang masa je berperang dan bertikam lidah.

Ape yang pasti, I totally lost my RESPECT towards him!!!


Aku ada banyak lagi keje nak dibuat dan banyak lagi perkara yang nak di risau kat dunia ni.

Dan salah satunya adalah blog aku ni.

Sebenarnya, sekarang ni aku tengah pening dengan blog aku ni.

Aku punye akaun Google Adsense kena disabled.

Pastu, daripada aritu aku nak letak Shoutmix atau Cbox tapi sampai sekarang aku tak reti nak letak.

Then, aku tringin nak wat layout baru. Yang sekarang ni nampak boring la…

Pastu, aku tringin nak letak Widgeo macam yang ada dalam blog Abang Matno tu..

Tapi macam mana nak wat ek?

Ada sapa-sapa nak tolong re-construct blog aku ni tak?

Aku dah
try explore but still macam tu gak…

So korang yang pandai…

Pliz...

TOLONG!!!

TOLONG!!!

TOLONG!!!

(p/s: Pada yang ikhlas nak tolong, nanti aku blanja k? Gambar kucing tu comelkan? )

Tuesday, May 12, 2009

Pembetulan

"hai...membeza cikgu sekolah menegah ngan sekolah rendah ker?tak suka tol ngan cikgu cam nie tau..tugas kita mendidik key...cuba ko pe tanya cikgu sekolah menegah tu...dia nak ajar sekolah rendah tak?aku ingat mau 80% drpada diorang nak masuk sekolah rendah nie...ingat cikgu sekolah rendah nie HINA sangat ker...mungkin ko tak jadi cikgu btol2 lagi...klu dah jadi nnt ko tau la ape perbezaan sekolah rendah ngan menegah nie...mungkin ko ingat ajar budak sekolah menegah nie best..itu pon klu dapat kelas pandai..klu kelas hujung?mcm mana...kita ajar kat depan diorang borak2 kat belakang...time kita tulis note kat depan depa duk beromen sesama mereka?ada ko pikir semua tu....budak sekarang ko...semua dah advans...aku harap lepas nie takyah la ko mengeluh ko ajar sekolah rendah lagi yer..."


Aku tak sangka entry “Realiti Seorang Guru” akan menyebabkan kecoh yang ntah pape...

Yang paling bestnyer, aku dikatakan membezakan antara budak sekolah menengah dengan budak sekolah rendah.

Masya-Allah...

Dah terpesong jauh nih!!!

Seorang blogger yang komen dekat entry aku ni siap letak kat blog dia lagi komen yang dia tulis kat blog aku.

So sekarang aku nak betolkan beberapa kenyataan...

Firstly, aku takde niat nak membezakan budak sekolah rendah dan menengah. Memang aku ada mention tentang perangai budak-budak kat sekolah rendah tapi pelajar-pelajar yang hyperaktif, bergaduh dan bertumbuk, sensitif, manja dan nakal tak semestinya pelajar sekolah rendah. Pelajar sekolah menengah ramai yang wat perangai macam tu...

Secondly, aku ada mention yang aku akan mengajar pelajar sekolah rendah. Secara jujurnya, aku tak pernah pandang rendah pelajar yang sekolah rendah. In fact, I’m looking forward to teach primary school students. Aku mention yang aku akan ngajar sekolah rendah bukan sebab aku tak suka tapi aku pandang tanggungjawab jaga anak orang ni berat. Tak kiralah menengah atau rendah.

However, blogger yang tak reti nak soal selidik before komen dah salah ertikan suma tu.

The best part of all part, orang yang komen dalam blog dia siap cakap aku tak matang.

Cuba korang pikir dan renung-renungkan...

Kalo aku tak suke nak ngajar sekolah rendah, nape aku amek course Teaching English to Young Learners (TEYL)?

Dan kalo betol pun aku diberi course ni, nape aku tak kuar awal-awal daripada course ni?

Sedangkan banyak lagi course lain yang lagi best...

So?

Kalo betol aku pandang HINA cikgu yang ngajar sekolah rendah, dalam erti kata lain, aku dah mengHINA diri aku sendiri!!!

Lastly, kepada blogger-blogger lain yang dah bagi komen yang membina dan banyak bagi nasihat. Thanks so much.. Especially kepada Abg Matno dan Jue. Thanks guys… I appreciate it...

Dan kepada sorang blogger yang dah salah paham ngan pe yang aku tulis, terpulang la pada dia.

Mamat ni nampak je macam orang yang berpelajaran tapi bahasanya menegur orang lain macam orang yang takde pelajaran.

Takpelah... Biarlah dia dengan hidup dia.

Setakat ni, abang-abang KPLI yang aku jumpe, takde yang tegur orang lain macam dia.

Maybe tension coz jadi cikgu kot...

At least aku korbankan enam tahun untuk belajar jadi cikgu.

Mamat tu baru brape taun jadi cikgu dah pikir dia tau semuanya...

Siap judge orang lain lagi...

Lantak ko la...

Muka je hensem tapi takde budi bahasa...

(p/s: Selamat Hari Guru 16 Mei 2009…)

Saturday, May 9, 2009

Realiti Seorang Guru

Lukisan ni aku dapat daripada akhbar Utusan Malaysia.

Walaupun nampak hanya sebagai sisipan kecik tapi bagi orang macam aku, besar maknanya.


Dalam masa dua tahun lagi, Insya-Allah aku akan grad sebagai seorang guru.


Guru sekolah rendah plak tu...


Kalo dok pendalaman, lagi la...


Aku tak boleh nak imagine yang aku akan deal ngan perkara-perkara seperti...


- pelajar tak mau masuk kelas (biasanya pelajar Tahun Satu).

- pelajar berak atau kencing dalam kelas.

- pelajar hyperaktif.

- pelajar yang suke bergaduh dan bertumbuk.

- pelajar yang sensitif. (marah sikit mesti nanges...)
- pelajar yang manja. (kaki repot kat mak ngan abah.)

- pelajar nakal. (mampos la aku...)


...dan last sekali...

- pelajar yang macam dalam lukisan kat atas.


Kalo sorang dua yang buat perangai kat atas, aku leh trima.


Kalo SEMUA???


Jenuh gak nak melayan.


Tapi aku respek ngan cikgu-cikgi yang tak berkira dan berusaha gigih untuk kejayaan anak-anak didik mereka.


Entah macam manalah dia orang boleh handle "pelajar-pelajar buas" kat dalam kelas tu...

Papepun, kepada yang baca entry ni.

Doakan aku grad dulu ye...

Aminnn....


(p/s: Dengan anak buah sendiri pun aku tak larat nak layan kerenah, apatah lagi anak orang... Sabar je la...)

Thursday, May 7, 2009

My final APPRECIATION...



Thank God that our final exam has come to its end.

It has been “an excruciating pain” for us to.

We have been putting ourselves locked in “Sintok Prison” for weeks...

...and now...

IT’S OVER!!!

Though it has ended, I now realise how wonderful this exam weeks have been for me.

First, I’m no longer a loner who studied alone in the library everyday.

Secondly, I got the chance to be close again with some of my friends.

Thirdly, I feel much better studying in group.

Lastly, I think I can answer the exam questions through group discussion.(Sort of…)

So, I would like to say a heartiest appreciation to these wonderful friends who stick with this group from the very beginning until the end. They have been wonderful partners in this group and I am very much looking forward to being with them again next semester. If I did anything wrong and if I hurt any one of them, I would like to say sorry coz you guys are the BEST!!!

These people are:-

-myself

- fahmi

- yazid

- jap

- zul

- sham

- hasis

- er

- faqis

- k-rul...

...and for those who have contributed directly or indirectly. Thanks so much for the help, piece of advice as well as the encouragement. May God bless you guys.

seriously, i'm gonna miss this moment...

(p/s: I forgot about one person. Looi, thanks for the notes dear!!!)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...