My ClaN

Wednesday, December 24, 2008

Last Day at Work....


So, this it is...

My last day at work. I guess that I have learned so many things here.

Reminiscing all the time and what I have gone through here, I guess that my life has not been so bad.


First, I got a chance to study coz there are others who wants to further their studies but due to some inevitable constraints, they didn't get the opportunity.

Secondly, at this young age, I got my family to support me financially while others have to work to earn money.

Thirdly, God borrowed me "a working brain" which is a once in a lifetime gift.

Lastly, I will have a good job after completing my studies while others have to search for it.


My life is not that bad...

Yet, I kept complaining and still is complaining...

I wonder when I'm gonna be grateful of what I have in this life.

I guess that's the nature of human.

As for the people who has worked with me:-

A HEARTIEST THANK YOU FOR GIVING ME THIS OPPORTUNITY.

To my boss,Irene and her hubby, thanks for being so nice. I guess you're the best boss in the world.

My officemate, Chi and Rul, thanks for what you guys shared with me. Your life, your thoughts and whatever you guys taught me will always be in my heart. You guys are the best!

and...

To my sister and brother in-law, Teza thanks for being my driver. My special message to both of you, "Kawen la cepat-cepat. Balik umah senang hati tengok muka anak" Hahahaha....

Whatever it is, I'm glad to be here. Tomorrow, I will be back to my previous life.

The life that I have been complaining all these while.

I'll change for the BEST... Promise!!!

My life is so COOL.



(p/s: Kertas peringatan warna merah tu, aku yang wat. Dak pakistan suke masok opis pakai kasut.)


Wednesday, December 17, 2008

Erkkk!!!

Pagi ni, aku bangun dengan penuh segarnya.

Malam tadi aku tdo kul 9, awal gler kan?

Tapi masa dalam perjalanan pergi tempat keje dengan akak aku. Akak aku bagitau:


Kakak aku: Ko tau tak mak masak untuk ko malam tadi? Masak sosej dengan telur goreng untuk ko.

Aku: Oh ek?

Kakak aku: Bukan tu je, siap buat nasik goreng lagi untuk ko tau tak?

Aku: La.... Ada ke?

Kakak aku: Ada la.. Takkan aku nak tipu plak. Tapi satu hape pun ko tak makan malam tadi. Letih je mak masak untuk ko tau tak?

Aku: Mana la aku tau... Malam tadi perut aku sakit. Memang takde selera nak makan.

Kakak aku: Nina nak makan pun mak tak benarkan tau tak? Budak tu siap merajuk lagi tapi mak tak pedulik. Mak masak sedap-sedap untuk ko sorang tapi ko tak jamah pun.

Aku: ???!!!


Pagi ni aku pegi keje dengan penuh rasa bersalah.

Aku tak tau langsung yang mak aku susah payah masak untuk aku semalam. Huhuhu...

Rasa macam bersalah giler plak...

(p/s: Uwaa!!! Aku tak tau tapi aku gak yang kene...)

Friday, December 12, 2008

Jalan-Jalan Cari Pantai

Hari: Sabtu

Tarikh: 6 Disember 2008

Pagi tu, dengang penuh kesegarannya aku bangun. (Mana tak segar, tdo kul 2 pagi, esoknye bangun kul 10 pagi.) Bangun-bangun pagi je, terus aku brunch ngan mak aku. Then, kakak ngan aku pun join sama. Pas makan ngan mandi, baru kita orang mula pikir nak pegi mana. Last-last, kakak aku cakap better g Lundu.

So, we’re off to Lundu.



Sebab jalan sesak teruk, kita orang ambik masa yang lama nak lepas daripada pusat bandar. Kalo tak silap, dalam kul 12 lebih, baru kita orang dapat lepas.

Nak pergi lundu, ambik masa dalam sejam lebih. Memang bosan dok dalam keta. Sebab bosan la, budak dua orang ni terbongkang dalam keta...



Kul 1.32 petang, sampai simpang Lundu / Sematan. Yang peliknye, akak aku belok ke kiri. Kalo kiri, Sematan bukan Lundu. Pape je la…




Sampai kat Sematan, sesi bergambar bermula. Aku sempat amek gambar-gambar kat sekitar Sematan.



Jeti Sematan...



Area-area situ jugak...



Family aku tgh dok nyembang...



Baju putih sume.. Kita orang tak plan pun... Hehehehehe....



3 dara pungutan... Yang tengah tu anak pungut... Hahahaha...



Abg ipar aku yang kuat makan... (Bajet aku tak kuat makan je... Hahahah...)



Gerai jual makanan kat Lundu... Murah tau...



Aik? Kuih ni pun ada? My feveret nih!!!



Then kita orang pegi Pantai Sematan plak. Berkelah kejap kat situ. Perut lapo woo…

Lapo... Lapo.. Lapo...



Sesi ngumpat sambil kenyangkan perut... Hahahaha....



Lawa siyal!!!



Ramai gak orang berkelah...



Mana satu Pulau Talang-Talang? Kat situ tempat penyu bertelur tau...



Gambar last sebelum pegi Lundu. (Buang tebiat ke akak aku tu?)




After that, we’re off to Lundu.

Gambar perjalanan ke Lundu aku tak sempat amek. Sori… (Mana nak amik gambar, aku tertido kekenyangan dalam keta.)




Tup… tup… tup…

Kita orang dah sampai Lundu la.. Wah!!! Pantai dia best sial!!! Lagi lawa daripada pantai kat Sematan tadi. Korang tengok la…













Kul 4.30, kita orang balik Kuching. Trus g Satok. Adib plak dengan excitednya main game kat situ.

Then, kul 9 malam, kita orang balik. Tengok Sehati Berdansa!!!




(p/s: Malam tu aku tdo kul 11.30. Awal sial!!! Then lagi 1, paip akak aku pecah. Pagi ni nak mandi pun aku tak mandi lagi. Hampeh!!!)








































































Saturday, November 29, 2008

New Baby Born!!!

Nama: still takde nama budak ni...

Mak dia terberanak kat: Hospital Kuching

Tarikh dia kali pertama tengok dunia: 27 November 2008

Time dia lahir: dalam kul 2 pagi (mak dia gtau...)





Papepun, ayah cik harap yang dia membesar jadi orang yang berguna dan hormat mak bapak. Tahniah kat mak abah dia...



(p/s: banyak gak anak buah aku ek?)

Stuck....

Location: Pejabat Tenaga Kerja Kuching

Date: 29 November 2008

Time: 11.00 PM

Cause of stuck:


She's the cause...






I'm hungry and sleepy...



(p/s: if only McD is nearby...)

Wednesday, November 26, 2008

Gamber Ako Part 1

Gamber Ako Part 1 sinonim dengan My Pictures Part 1.


Jadi untuk part kali ni, aku nak share gambar family aku kat korang.



Gambar ni antara gambar "best" (best ke?) dalam koleksi aku.



Korang tengok la sendiri k?




Gambar buah ati aku - Adib Fahmy Fathullah


Gambar raya tahun 2006. Ni lah gaya pertama yang merosakkan gambar.



Gambar raya tahun yang sama. Sabo je la tengok aksi budak ni. Dia memang perosak gambar yang terkemuka. Hahahaha.....




Gambar ni pulak..... Ermmmm... No komen la... Letih aku nak mengomel... Yang aku tau, kuali tu dah takleh pakai masak pas dia baring dalam tu...



Adib yang lain daripada lain. Memang nakal budak sorang nih...




Ni gambar anak buah aku. Aku letak dalam washing machine. Nasib baik mak dia sporting. Pasni aku nak letak dalam tong sampah tepi jalan plak. Mesti mak dia tak kesah jugak! Hahahaha....




Basically, gambar-gambar aku ni pasal budak-budak kecik yang bergambar ntah pape...


Tunggu untuk Gamber Ako Part 2 plak k?




(p/s: Huhuhuhu......)








From Room 304

Hari tu, time aku tengah boring dok dalam Karel Room 304 dalam perpustakaan. Aku amek la gambar-gambar sekitar UUM daripada bilik tu...


View nyer memang lawa....



Korang tengok la sendiri...





Pemandangan pertama: The Fountain - ni la tempat dak2 yang grad bergambar. Nyampah aku!!!






Pemandangan kedua: Roof
Pathways - Jalan skit melalui jalan ni, then jumpa la Varsity Mall.




Pemandangan ketiga: The Other Side of Library - tempat usha minah-minah comel UUM. Muahahaha...




Amacam?!!!


(p/s: Gara - gara bilik ni, Dalwin majuk ngan aku. Alolo....)




Thursday, November 6, 2008

Aku demam EXAM!!!

Exam… Exam… Exam…


Mesti ada antara korang yang tertekan sebab exam kan?


Well, samalah kite…


Biasanya aku tak macam ni tapi semester ni carry marks aku teruk giler!!!


Harapan nak dapat “A” macam jauh sangat.


Tak tercapai tangan nih…


Huhuhuhu….


Tapi ada satu cara nak kurangkan tekanan korang tu…


Terpulang la samada korang nak ikut atau pun tak…


Tiap kali nak amik exam, malam sebelum aku duduk exam tu, aku akan call my family.


Biasanya aku call mak dan anak buah aku yang umur 6 taun tu.


Dengar suara dia orang memang beri ketenangan kat aku.



Dialog yang biasa aku buat:-


Aku: Mak, kali ni orang rasa tak berapa yakin la.. Dah belajar sampai tak tahu nak blaja ape dah.. Mak jangan expect pape exam kali ni. Result tak brape ok rasanya…


Mak aku dengan nada lembutnya pun cakap:-


Mak: Takpe... Yang pentingnya dah blaja. Tenangkan fikiran tu.. Jangan fikir yang bukan-bukan. Make sure yang abang sentiasa sentiasa happy. Toksah nak tensen-tensen. Mak doakan kejayaan abang. Kalo dah rasa tenang sikit, sambung balik blaja. Bacalah apa yang patut.


Yang paling aku takleh lupa adalah bila mak aku cakap:-


Mak: Mak sentiasa buat solat hajat dengan berdoa kat Allah supaya abang dapat result yang bagus. Yang penting usaha abang tu.. Belajar sampai mana yang mampu.



Bila mak aku cakap macam tu, terus hati aku tenang.


Macam ada satu beban berat yang diangkat daripada badan aku.




(p/s: Pas mak aku cakap macam tu, terus aku ada semangat nak study balik.Thanks mak. I love you!!! Muah!!!)

Sunday, November 2, 2008

Kasih ayah...

Dialog yang aku paparkan ini adalah dialog antara seorang ayah dan anak lelakinya yang berumur 6 tahun.


Korang bacalah k?


Daniel: Daddy, nape Daniel takde mummy macam orang lain?

Daddy: Daniel, meh sini sayang. Daddy nak cite kat Daniel.

(Daniel duduk di riba Daddy, menunggu jawapan…)

Daddy: Daniel sayang… Sebenarnya… Daddy nak bagi tau yang Daniel sebenarnya…

(Daddy terdiam seketika sehinggalah…)

Daniel: Daddy, gitau la… Please…

Daddy: Sebenarnya… Daniel bukan anak kandung Daddy.

Daniel: Jadi Daniel ni anak sape?

Daddy: (Sambil memeluk erat tubuh Daniel) Daniel anak Daddy la… Tapi Daddy bukan ayah kandung Daniel. Ye sayang?

Daniel: Daddy, mana mummy dengan daddy Daniel yang sebenar?

Daddy: Sayang… Daddy tak tau mana mummy dengan daddy Daniel yang sebenar. Maafkan Daddy selama ni sebab selalu tipu Daniel. Maafkan Daddy ye sayang…

Daniel: Daddy…

Daddy: Ye sayang?

Daniel: Daddy sayang Daniel tak?

Daddy: (Tersenyum dan dengan nada sebak…) Daddy sayang Daniel sangat- sangat dan Daddy akan sayang Daniel sampai bila-bila. Jangan tinggal Daddy ye sayang…

Daniel: Daddy… Walaupun Daniel bukan anak Daddy, tapi Daddy jaga Daniel baik, sayang Daniel.... Belikan Daniel macam-macam.... Daddy tak penah marah Daniel...

(Daniel merenung muka Daddy sambil berkata…)


Daniel: Daddy, Daniel berjanji pada Tuhan dengan sepenuh hati akan sayang Daddy sampai bila-bila. Sama seperti Daddy sayangkan Daniel sejak Daniel lahir. Daniel janji akan jadi budak baik dan takkan buat Daddy marah. Takkan buat Daddy sedih sebab Daniel tak suke tengok Daddy nangis.

Daddy: (Sambil memeluk erat Daniel…) Ye sayang.. Daddy hanya ada Daniel.

Daniel: Daddy, jangan la nangis. Tak gentlemen. (Daniel mengesat air mata kemudian mencium dan memeluk ayahnya dengan erat)


Dialog ni adalah dialog sebenar yang aku dapat daripada perbualan dengan seorang kawan baik aku yang sekarang ni belajar kat London.

Kawan aku ni ada seorang anak angkat yang dia bela sejak dilahirkan.

Yang aku paling bangga dan terharu dengan kawan aku ni, dia sanggup amik budak tu untuk dijadikan anak angkat.

Nape aku bangga dan terharu?

Sebab takde sape yang nakkan budak tu dan yang paling bengongnye, mak bapak kandung budak tu sendiri sanggup tinggalkan anak diaorang macam tu je kat hospital tempat kawan aku ni keja.

Herankan dunia ni?

Ada jugak mak bapak yang macam tu…

Aku doakan kawan aku dan anaknya dirahmati Allah di Kota London. Amin….


(p/s: Binatang pun sayang anak. Sampai ada yang dok berkepit dengan anak 24 jam. Kite manusia??? Hanya Dia yang Maha Mengetahui)

Thursday, October 30, 2008

Tengoh bengong skit...


Kalo tak silap aku, dah berpuluh aku bukak cite 9 September ni semata-mata nak dengar lagu "Terbang Bersama Cinta" dengan lagu "Pejamkan Mata".



Nape ek?



Kalo korang baca warkah ingatan aku, korang paham la...



Cite tu bukan setakat cite tapi satu ingatan untuk seseorang.



Aku ingat lagi masa lepas tengok cite ni...



Kuar panggung pegang tangan, pastu g makan ais-krim, amek gambar berdua, then g dinner.



Uwaa!!! Bestnyer...




(p/s: aku sebenarnya nak cite benda lain, tapi tertulis benda lain. Bengong tol la..)

My Movie Marathon

Terjadik on 29 Oktober 2008.

Time ni aku boring tahap babeng..

1. Texas Chainsaw Massacre - Ganas, memang patut ada viewer discretion, adegan potong-potong gergaji orang, bunuh-bunuh. Semua ada… Konklusi, aku hilang selera nak makan.


2. Bourne Ultimatum - Cite thriller pasal Jason Bourne. Filem yang ketiga. Filem aksi yang superb!!! Konklusi, aku bagi markah 6 dpd 10.


3. Flood - Cite dpd Great Britain. Pasal flood kat London. Ada family values tapi teknik special effects tak brape best. Konklusi, aku harap banjir kat Msia tak macam dalam cite ni.


4. National Treasure - Cite pasal carik harta karun. Ntah pape la cite ni tapi aku enjoy gler tgk. Ada elemen lawak dan aku suke giler kat karakter bernama Riley. Blur tapi bijak. Konklusi, aku nak tido tapi tak dpt coz mata tak ngantok.Nak watpe ek?



(p/s: My feveret is National Treasure. Ada sape-sape yang ada National Treasure 2?)

Monday, October 20, 2008

Ada sorang lecturer tuh...

Dalam banyak-banyak lecturer, aku jumpa sorang lecturer yang macam HARAM kat sini. Antara perkara "menarik"pasal dia adalah:-


1. Dia selalu bagi talk kat overseas.



"I gave a talk in US last time. I did a seminar in Papua New Guinea when I was there."


Macam HARAM!!!! Berlagak tahap DEWA!!! Ko ingat ko best sgt ke? Kita orang tak penah tanya pun pasal tu...



2. Dia banyak sedara yang keje tinggi-tinggi.



"I have a niece in London University who works as a lecturer and also work for a company."


Daaa!!! Ko punye nenek pun keje tinggi ke? Tinggi mana? Tinggi pokok kelapa?



3. Dalam kelas, suka marah-marah macam pompuan.




"Saya tak merajuk, saya membebel je"


Iyolah tu ko tak merajuk. Abis tu nape sampai cakap tak mau masuk kelas? Bajet ko ngajo best sangat.



4. Masa bulan posa aritu, dengan penuh bangganya berkata:-




"I bukak posa dengan satu lauk ngan nasik je.. Kuih-muih takdak."


Cakap je la isteri ko tu malas masak. Kan senang. Tak pun cakap je ko tu kedekut. Abis cite... Toksah la nak kata ko tu amalkan pemakanan sihat. Kalo tak nape ko gemok? BODOH!!!



5. Suruh orang buat keje nak suma dalam hard copy.



"Saya nak suma asignment dalam hard copy. Pastu tunjuk kat saya. Kalo saya tak puas ati, u kena buat lagi."



Ape? Ko ingat print assignment ko yang sampai berpuluh-puluh muka surat tu murah ke? Kalo silap, then buang dalam tong sampah pastu print yang baru plak? Woi, lecturer lain pun mintak draf assignment dalam soft copy, ko plak yang lebih-lebih. Bab 1 tol!!!


6. Dia suke buat pemerhatian dan penilaian pada orang. Dia cakap:


"I went to school to observe the teachers who teach my children"


Fuyoo!!! Kalah Jemaah Nazir ngan dia. Bengong!!!




(p/s: Cepat la semester ni abes...)



Sunday, October 19, 2008

Warkah Ingatan...

Segalanya bagai satu mimpi. Satu mimpi yang menjadi rintihan jiwaku pada masa ini. Satu mimpi yang merupakan kenangan yang terlalu sukar untuk aku lupakan. Kenangan yang baru sahaja berlalu semalam. Kenangan yang membuatkan jiwa ini rindu. Namun, rindu itu hanya boleh aku ubati dengan tangisan dan rintihan.

Aku tidak menyangka bahawa pertemuan itu adalah pertemuan yang amat bermakna. Pertemuan yang menjadi bukti bahawa cinta dan kasih sayangku terhadap dirinya masih utuh dan kekal seperti sebelumnya. Aku fikir perasaan itu telah hilang ditelan waktu. Namun aku silap!

Aku sangkakan bahawa segalanya sudah berakhir antara aku dan dia. Apa yang berlaku pada masa lalu hanyalah memori yang menjadi satu pengajaran bagi diri ini. Satu pengajaran besar apabila kesetiaan dirinya aku jadikan satu permainan. Dan pertemuan itu menyatakan betapa sesalnya diriku ini. Kerna pertemuan itu terlalu bermakna hingga membuatkan jiwa ini lemah untukku melangkah.

Apa yang aku tahu, hatinya milik seseorang. Seseorang yang dia cinta untuk selamanya. Seseorang yang telah mengubah dirinya. Seseorang yang bagi dirinya adalah cinta sejati hingga ke akhir hayat. Seseorang yang bagi dirinya adalah dunia kebahagiaan.

Apa yang pasti sekarang, aku ingin dia bahagia. Bahagia dengan seseorang yang boleh membahagiakan dirinya. Seseorang yang aku harap menghargai dirinya seadanya. Aku? Apa yang pasti, aku tetap di sini. Biarlah cinta ini aku simpan jauh di dalam lubuk hatiku. Kerna aku tahu, cinta ini takkan mungkin terpadam dan akan terus membara hingga ke akhirnya. Biarlah kenangan yang kami lalui bersama aku ukirkan di sanubariku. Agar kenangan itu terpahat kukuh di jiwa hingga ke akhir nafasku.

Dan...

Pesanku pada dirinya:

Untuk si dia yang aku kenal,
Cinta dan sayang aku padanya tidak akan pernah padam,
Buatlah aku tersenyum dengan bahagiakan dirimu,
Pejamkan matamu aku pasti disisi.

~weareshah~
(10 November 2007)

(p/s: Warkah ini merupakan satu luahan perasaan aku terhadap seseorang yang pernah mengajar aku erti cinta dan kasih sayang. Dia membuatkan aku sedar betapa pentingnya kesetiaan, kepercayaan dan tolak-ansur di dalam sesuatu perhubungan. Manusia hanya akan menghargai apabila kehilangan dan itulah yang terjadi pada aku. Apapun aku harap kesilapan yang telah aku lakukan merupakan satu pengajaran kepada orang lain. Pesan aku kepada semua, hargai dan cintailah si dia seadanya kerana sakitnya kehilangan seseorang yang kita sayang adalah satu kesakitan yang amat memeritkan.)

TiReD!!!!

I’m tired of…..

1) missing someone.
2) hoping.
3) expecting.
4) waiting.
5) thinking.
6) asking why.
7) reminiscing.
8) being tired.

TIRED LA!!!!!


(p/s: I'm just a human being....)

Friday, October 17, 2008

Baby Come Back!!!


HaHa!
You all need to get ready to hear
The unbelievable,
Indescribable
Vanessa Hudgens.
Baby V!

(Baby Come Back)

Everyday, I try to play, another game
But my heart can't take it.
I try to find, another boy,
But all the while, I can't face it.
Why do I miss you so much?
I wanna stop this hurt inside
Oh baby please, give us one more try

(Baby Come Back)

I see you out with all your friends
Laughin' it up as you pretend
To have a good time, (good time)
I know cause I'm living the same life (same life)
So one of us has got to say
We can't keep living this same way
So I'll be the one
Yeah I'll say it, I'll say it, I'll say it, I'll say it again

Baby Come back to me
In my heart I still believe
We were meant to be:
Together so whatever it takes (Baby Come Back)
Baby come back to me
I should have never set you free
My baby
Come back (Baby Come Back)

I wanna call, but then I stall,
Cause after all, I just couldn't take it
Cause if your play was to push me away
You know that day, my heart you'd break it (Baby Come Back)
I know we made a mistake, (I do)
Can't you stop your foolish pride (Oh no)
And come back to me
Let's try, Let's try, Let's try, Let's try it again

Baby Come back to me (Come Back)
In my heart I still believe
We were meant to be:
Together so whatever it takes (Baby Come Back)
Baby come back to me
I should have never set you free
My baby
Come back (Baby Come Back)

[Bridge:]
You know you miss your baby V
And I can see that you think about me
So why d you act like you don't care
Like all this love between us isn't there
I know that you're upset
I know I did you wrong
I know that you want me to pay for all the pain I've caused
But in the end it all comes down to just one thing,
It's you and me
So I sing

Baby Come Back!

Baby Come back to me
In my heart I still believe
We were meant to be:
Together so whatever it takes (Baby V! )
Baby come back to me (Come Back)
I should have never set you free
My baby
Come back
(Baby Come Back! )





Aku rasa ni kali kesepuluh aku dengar lagu ni malam ni. Aku pun tak tau nape aku suke sangat lagu ni.

Mungkin sebab lagu ni mengingatkan aku pada seseorang. “Dia” pernah kata yang “dia” minat Vanessa Hudgens sebab minah ni lawa dan cukup berbakat.


Well, I totally agree with that. Untung si Zach Efron sebab dapat minah ni.

(p/s: Lagu ni rancak tapi santai.)

Tuesday, October 14, 2008

Siblings yang BEST!!!

Minggu ni, aku hidup dalam keadaan yang aku sendiri tak reti nak jelaskan. Kekadang tu, aku terpikir benda-benda yang ntah pape. Aku pun tak paham apa yang aku nak. Assignment banyak memang dah jadi perkara biasa bila jadi student. Aku sebenarnya letih rindu kat orang-orang yang aku sayang. My family, my nephew dan buah ati aku. Rindu nak balik umah, rindu nak lepak ngan akak-akak aku yang sewel tapi best!!! Rindu kat anak buah aku yang sorang tu, rindu nak tido pepuas dan rindu nak ada banyak masa free yang aku leh buat apa yang aku nak. Yang paling bestnyer, rindu nak dengar mak aku berleter. Hahahahaha….

Kalo kat umah, masa yang paling aku rindu ialah bila kita orang adik-beradik berkumpul ramai-ramai sebelum tido. I treasure that moment to the MAX!!! Aku ingat lagi tahun lepas time aku cuti tiga bulan. Ada sekali kita orang semua berkumpul ramai-ramai. Time tu meriah siot!!! Abang ipar aku pun join sekali time tu… Kita orang dok gelak pasal macam-macam perkara. Yang paling best sembang pasal mak cik-mak cik belah abah aku yang andartu sampai sekarang. Akak aku yang sulung suke buat cite lawak yang ntah pape pasal diaorang. Hahahaha…. Sangat seronok. Time tu aku rasa kita oranglah siblings yang paling best kat dunia ni. Walaupun masing-masing dah dok jauh, kita orang cukup rapat.

Akak aku yang sulung sekarang dok kat Bintangor. Yang kedua kat Mukah. Yang ketiga kat Kuching. Yang keempat dok kat umah sebab dia baru abis study. Aku plak terpelanting jauh sampai Universiti Ulu Malaysia ni… Adik aku yang kecik plak dok kat umah sebab dia baru Tingkatan Satu. Boleh kata walaupun dok jauh, kita orang still ada connection antara satu sama lain. Jauh di sudut hati aku, aku harap sangat yang kita orang akan kekal macam tu walaupun kita orang dah beranak-pinak atau bercucu-cicit.

Kekadang aku jadik sedih bila dengar ada adik-beradik yang bergaduh sesama sendiri. Kita orang pun gaduh gak tapi dah lumrah dalam hidup ni. Tapi jangan la sampai gaduh bertahun tak bertegur sapa. Melampau tuh! Ada plak adik-beradik yang gaduh sebab harta family. Tak ke bengong namanya tu? Tapi macam aku cakap tadi, terpulang pada adik-beradik tu la.. I have no rights to judge others. Yang penting bagi aku ialah kita orang adik-beradik tak gaduh teruk macam yang lain.

Bila pikir-pikir balik, aku sangat bertuah ada adik-beradik yang rapat dengan aku. May God bless The Drahmans forever and ever. Amin….



(p/s: Sorang mak cik aku yang andartu meninggal seminggu selepas kita orang sembang pasal diaorang. Tak sempat mintak maaf. Huhuhuhu… Moga Allah mencucuri rahmat ke atasnya…)

Thursday, September 18, 2008

Sakit!!!

Aku tak tau macam mana aku nak mula cite apa yang berlaku kat aku 2 atau 3 hari lepas sebab aku dah lupa apa yang jadik. Tapi perkara yang aku takleh lupa ialah menahan sakit gigi. Sakit woo....

Alkisahnya bermula pada hari Selasa malam Rabu, time tu aku teman Pamie sahur kat Proton. Time tu aku dah mula rasa semacam kat gigi geraham belah kanan. Tapi aku buat tak tau je... Dalam otak aku, nanti oklah tu... Lepas sahur kita orang balik bilik masing-masing.

Time dalam bilik, aku baru sedar yang painkiller aku dah abis. Alamak!!! Mampus aku macam ni!!! Disebabkan aku dah mati akal, aku baring atas katil. Dalam sejam gak aku cuba lelapkan mata tapi takleh sebab sakit gigi aku dah boleh rasa sampai ke kepala dan telinga. Time tu, hanya Allah yang tau.. Sebab takleh tido, aku main mesej ngan Amnie, then buah hati aku ni suggestkan, kumur dengan air garam. So, aku pun pegi la tandas bawak gelas ngan garam yang aku beli kat Emzek. Kumur-kumur, dah rasa kurang sikit sakitnya tapi aku still takleh tido. Roomate aku plak, time tu dah terlena kat atas katil dia. aku plak terbaring tahan sakit gigi.

Then, aku isi masa aku ngan baca buku daripada the best thriller writer in the world, the late Sidney Sheldon. Aku tak sure buku "Morning, Noon And Night" ni buku yang keberapa tapi yang aku tau, tak rugi baca buku Sidney Sheldon. Bahasa beliau mudah difahami, memang simple English tapi yang paling best ialah cara penulisan Sheldon yang boleh membuatkan kita takmau berhenti baca buku beliau. Setakat ni, buku yang paling best ialah "The Doomsday Conspiracy". Buku tu aku leh abis baca satu malam je.. Kalo tak silap, dah dua kali aku baca buku "The Doomsday Conspiracy". Aku siap rekemen kat kawan-kawan aku.

Akhirnya, dalam pukul 5 pagi, aku tertido gak akhirnya. Memang aku tido lena tahap gaban. Entah macam mana, aku terjaga pukul 10.38 pagi. Alamak, mampos la aku!!! Pukul 11 pagi tu, aku ada kelas Dr. Halim. Aku terduduk atas katil dengan muka mamai. Nak pegi atau tak nak pegi. Last-last, aku decide better aku takyah pegi. Sebaliknya, aku tukar baju dan terus pegi Pusat Kesihatan Universiti.

Sampai kat Pusat Kesihatan Universiti, aku terus daftar. Nasib aku baik sebab tak ramai pesakit. Biasanya, kalo pegi pukul 11 pagi, memang tak diterima sebab orang dah ramai time tu. Tak sampai 5 minit, aku disuruh masuk jumpa doktor. Aku pikir doktor tu nak tampal gigi aku, ntah macam mana, dia cakap yang dia tak boleh tampal gigi aku. Oh my God!!! Not another sleepless night. Huhhuhuh... Tapi nak buat macam mana, aku kena ikut jugak nasihat doktor gigi tu. Kalo aku tampal gak, lagi sakit katanya. So at the end, aku balik bilik dengan bawak ubat penahan sakit ngan antibiotik. Huhuhuhu....


Sampai kat bilik, gigi aku still sakit. So, aku pikir baik aku tido. So petang tu, aku ponteng klas lagi. Sakit woo....

Hari ni pulak, Looi bagi aku ubat gigi brand Neways. Katanya, bebas kimia dan florida. Baru tadi aku cuba, not bad la... Sedap pun sedap!!! Hahahahha.... Thanks Looi... Thank you so much!!!

(p/s: aku pikir nak cabut je gigi ni... Malas dah nak tunggu tampal.)

Sunday, September 14, 2008

Semalam...

Semalam, aku bangun pagi dengan tahap kemalasan dewa. Mana tak malas, semalam aku kena pegi ko-k khidmat masyarakat. Dahlah bukan ko-k pilihan aku. Hampeh tol.. Minggu ni adalah minggu kedua pegi sekolah. (eh, minggu kedua ke?) Time aku kuar bilik, aku tak nampak pun sorang budak course aku. Rupa-rupanya dia orang suma dah berkumpul kat dalam bas. Yang bestnyer, Looi siap call aku, suruh pesan kat pak cik bas tu supaya tunggu diaorang. Aku plak mengangguk je... (mengangguk macam Looi kat depan aku je..)

Sampai kat sekolah, budak-budak sekolah tu dah berbaris tunggu giliran. Yang kesiannya, kalo kakak atau abang dia orang tak datang ko-k, maksudnya dia orang dok berbaris sampai ada orang datang ambik. Macam biasa, aku ngan adik aku, Lan. Mamat ni tak perlu aku ajar dah. Memang dah pandai BI walaupun tenses ngan struktur ayat berterabur.( 2 kali 5 macam aku gak! Tenses sampai sekarang berterabur!!!)


Pegi sekolah bukan tak best! Minggu lepas memang aku hepi gler pegi sekolah coz aritu kita orang buat aktiviti dalam kumpulan. Buat cheer la.. Kenalkan diri la.. Memang sangat happening but this week, kita orang kena balik buat personal tutor kat budak-budak tu.. Aku plak nama je bakal cikgu BI tapi time nak explain kat si Lan, aku sendiri jadi tak reti. Kalo aku cite yang lebih-lebih plak nanti, dia tak paham plak... Perkara yang aku takut sekarang adalah "menyesatkan" adik aku. Huhuhuhuh.... Nasib la pas sejam, Ameq datang dan suruh buat grouping macam minggu lepas. Aku pun ape lagi, memang hepi la.. Sape tak bosan ngajar. Aku kesian tahap badak tengok muka Lan. Dia blank ngan ape yang aku ajar. Nasib ko Lan dapat abang macam aku... Huhuhuhu.... Lepas abis grouping, kita orang balik UUM.









Sampai je kat bilik, aku tukar baju, then terus tido. Letih sial....









Dalam kul 3.30 petang, aku bangun sebab sakit leher. (Mana tak sakit leher, tido je keje...) Lagipun time tu, aku tak solat Zohor lagi. So, pas solat Zohor, aku ajak si Fami g mall. Tup.. tup.. tup.. Sampai je, mall tutup plak... Hampeh!!! Tapi yang bagusnya, badan aku berpeluh sebab berjalan pegi mall. Rasa sedap skit badan...


Malam tu pulak, aku bersiap nak g bukak ramai-ramai satu cohort. Memang lapar tahap gaban time tu.. Allah je yang tau.. So kita orang bertolak dalam pukul 7.40 petang. Pas solat maghrib, semua bergegas ke tempat makan tu.. Kita orang makan kat luar UUM. Not bad la...


Tapi yang tak bestnye, apa yang kita orang bayar tak setimpal ngan apa yang kita orang makan. Mana taknya, bayar RM14 tapi makannya macam makan makanan RM10. Rasa macam rugi je bayar tapi nak buat macam mana... Buka puasa ramai-ramai ni merupakan cohort event. Lagipun, lepas ni tak tau bila lagi nak bukak ramai-ramai. Dalam pukul 8.40 malam, kita orang bertolak balik UUM. Kepala aku pening wooo... Tak tau nape...





(p/s: Aku ada buat satu perkara time kat kedai makan tu... Rahsia aku selamanya. Hehehehe...)










Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...