My ClaN

Tuesday, September 29, 2009

SORRY



Not in the MOOD of updating...

Huhuhuhu...

Will be back soon..

(p/s: God! What happened to me?)

Tuesday, September 22, 2009

Memori Ramadhan

Perkara ni berlaku time bulan Ramadhan.

Jam dah pukul 6.20 petang.

Aku pun amek N-sean dan hantar SMS kat semua orang…

Banyak gak yang reply tapi kebanyakkannya , MENYUMPAH SERANAH aku.

Ada yang kata:

“Kuang asam ko shah!!!”

“Cilakak lu.. Bleh plak kata macam tu!!!”

“Shah, ko nak makan penyepak ke?”



Dan banyak lagi SMS yang tak terdaya aku nak tulis kat sini.


Kalo korang baca, mau termuntah hijau korang.

Tapi nape diaorang marah sangat kat aku?

Aku just hantar SMS ni pun:

“Salam kwn2. Korang nak dengar satu cite tak? Cite best nih!!!”

Then, diaorang pun reply:

“Pe dia?”

Aku pun balas balik:

“Errr… Sebenarnya aku nak gtau yang aku bukak awal arini. Sedapnye air bandung ni. Sejuk dan lemak berkrim. Korang kat semenanjung tak bukak lagi kan? Hahahaha…”

(p/s: Nikmatnya berpuasa kat Sarawak. Kul 6 petang dah bukak posa. Hahaha…)

Sunday, September 20, 2009

SALAM LEBARAN

Alhamdulillah...

Berakhir juga bulan Ramadhan yang penuh dengan nikmatnya.

Sekejap je kan?

Aku nak ucapkan SALAM LEBARAN untuk semua yang mengenali diri ini.

Ampun maaf diminta jika ada salah dan silap atau terkasar bahasa.

Sesungguhnya, yang baik itu datang daripada Dia.

Moga lebaran ini membuka ruang kepada ikatan ukhuwah kepada kita semua.



(p/s: Kepada Ferd dan Cik Penguin, sesungguhnya hidup ini lebih bermakna kerana adanya kamu berdua. CAYANG KORANG!!!)

Saturday, September 19, 2009

Depan Mata Aku...

Semalam, aku ngan akak aku bertolak daripada Kuching pukul 7.06 pagi.

Perjalanan Mukah-Kuching amek masa 12 jam disebabkan jalan kat Sarawak yang macam HARAM!!!

Entah bile la Sarawak akan ada lebuhraya macam kat Semenanjungkan?

Kat belakang kete akak aku, penuh dengan barang. Hikhikhik...

Banyak kan? Korang tak tengok kat bonet lagi.


Kakak aku dengan bangganya berkata:


"Inilah Keta Kancil versi MPV."

Masa kat Serian, kitaorang singgah beli minyak.

Then terjumpa sorang laki nih...

Stail la.. Pakai kopiah then baju sejuk warna pink. Memang lelaki yang berani. Wakaka...


Lepas 5 jam perjalanan, singgah jap kat Sibu.


Lepak ngan diaorang dua nih...

Adib dan Mama Adib...


Buah ati aku yang pertama... Nakalnye jangan cite tapi aku CAYANG dia sangat!!!


Sampai umah semalam dalam kul 9 malam, lepak plak ngan buah ati yang kedua sedangkan badan letih giler time tu...

Makin montel anak ayah cik nih!!! Sedap giler pelok dia...


Tapi yang aku takleh lupe adalah...

Perasan tak kepala orang tu dalam tong sampah?


Rupa-rupanya yang dok selongkar tong sampah tu adalah seorang lelaki yang dah taraf datuk. Masya-Allah.. Kesiannya tengok... Sanggup selongkar sampah nak carik rezki..


(p/s: Tengok bende macam ni berlaku depan mata baru ada rasa nak insaf ngan bersyukur..)

Friday, September 18, 2009

Bersiaran Langsung Daripada Sarawak

Poyo tak aku nyer tajuk?

Hahaha...

MySpace

Sekarang, aku tengah blogging daripada Sarawak.

Waktu imsak masok awal giler kat sini.

Kul 5.06 pagi dah masok.

Aku pun da kenyang giler sampai nak termuntah!!!

MySpace

Kenyang AIR... (kembung dowh..)

Just nak tunjuk korang skit gambo...

Time menunggu plane kat airport Penang. (Muka letih + migrain)


Ahernya sampai gak!!! Now everyone can fly!!!


Sampai kat airport Kuching kena mengharung immigration lak...


Airport Kuching penuh dengan manusia. Sesak giler!!!


Tapi yang paling best adalah kakak aku bawak makan AYAM PENYET. Trus ilang letih ngan migrain aku. Wakaka... (Kat UUM takde nih!!!)


(p/s: Arini aku balik Mukah lak... Tak sabo nak jumpa buah-buah ati aku kat sana..)

Thursday, September 17, 2009

I'm On My Way...

By the time you guys read this entry, I was already on my to Penang.

In other words, I was already on my way HOME.

Wish me a safe journey k?

My flight itinerary. ( Tak sabo dah nak BALIK!!!)


I'm already packed for HOME. (Blurred due to some unexplainable reasons. Hehehe...)

(p/s: Tak sabo nak peluk cium Adib ngan Danish!!!)

Wednesday, September 16, 2009

Bestnyer Majuk…

Sebenarnya aku tak ingat nape aku majuk petang tu dengan Cik Penguin.

Tapi yang aku tau...

Disebabkan aku majuk, aku dapat nih..

V

V

V

V

Nak sket?

(p/s: Cian Miss Penguin.. Selalu kena buli ngan aku…)

Tuesday, September 15, 2009

Entry Yang Boring Skit Pt. 3

Dari Kacamata Firah

Pas kuliah, aku teringat si Firah.

Lama tak dengar khabar sahabat baik aku ni.

Jadi, aku pun call dia…

Aku: Salam Firah, ko pekabar?

Firah: Wasalam. Aku sihat Shah. Ko sihat?

Aku: Alhamdulillah, aku sihat. Ko posa tak ni? Ke ‘bendera Jepun’ berkibar?
(Sempat plak aku melawak kasar dengan Firah… Nasib dia takde depan aku, kalo tak dah lama aku kena hempuk ngan buku. Hehehe...)

Firah: Ish ko ni!!! Tanya soalan ntah pape. Aku posa la..

Aku: Ko ok?

Firah: Aku ok je…
(Kemudian, Firah diam untuk masa yang agak lama…)

Aku: Firah… Nape ni? Takkan ko teringat kat Azfar lagi?

Firah: Ntahlah Shah… Aku terkilan dengan apa yang dia buat kat aku. Aku sayang dia sangat-sangat tapi dia boleh antar mesej suruh aku jangan ganggu dia lagi. Aku sedih Shah. Bukan sekali dia buat macam tu. Dah dua kali. Aku sedih sangat-sangat. Aku tertanya apa salah aku kat dia?

Aku: Firah.. Yang lama tu biar la berlalu. Jangan pikir dah. Ko ada aku ngan kawan-kawan kite yang lain.

Firah: Thanks Shah…



Dari Kacamata Azfar


Satu petang, aku lepak ngan Si Azfar.

Tetiba…

Azfar: Shah, aku ada perkara nak cite kat ko.

Aku: Ape dia?

Azfar: Aku dah break ngan Lydia. Kami dah tak sehaluan. Aku dah tak tahan dengan sikap dia. aku tak tahan kena control.

Aku: Hah!!! Ko biar betik?

(Azfar menganguk… Dan air mata dia mula bergenang.)

Azfar: Shah… Aku rindukan Firah. Aku menyesal sangat-sangat dengan apa yang aku buat kat dia. Masa aku dengan Lydia, aku takleh nak lupakan dia. Segala yang aku buat dengan Lydia mengingatkan aku pada dia. Aku rindukan dia..

Aku: Sabarlah Azfar… Nak buat macam mana. Segalanya Dia dah takdirkan. Leh aku tanya sesuatu tak? Betul ke ko ada hantar mesej kat Firah? Dalam mesej tu ko gtau dia supaya jangan ganggu ko? Betul ke?

(Azfar menganguk..)

Aku: Astaga!!! Nape ngan ko ni Azfar? Nape ko antar mesej macam tu kat dia? Ko tau tak sebab mesej tu, dia terseksa sangat-sangat. Dia ikhlas bantu ko. Bagi balik semangat kat ko. Tapi nape ko buat macam tu?!

Azfar: Shah… Aku terpaksa hantar mesej macam tu. Lydia dapat tau yang aku selalu SMS Firah. Jadi aritu dia paksa aku mesej Firah macam tu. Aku takde niat nak sakitkan ati dia Shah… Aku terpaksa dan aku menyesal sangat-sangat sekarang!

Ya Allah…

Ape dah jadik ni?

Aku tak sangka semua perkara ni berlalu dengan terlalu pantas.

Kalo aku tau perkara yang sebenar, dah lama aku gtau Firah.

Sekarang, mereka berdua terseksa.

Ape nak jadik dengan kawan-kawan aku ni?

Patut ke aku buat sesuatu atau biarkan saje diaorang?

Patut ke?

Ya Allah..

Berilah petunjuk…

Sebelum berpisah petang tu, Azfar tetiba tanya…

“Shah, kalo aku mintak maaf kat Firah. Ko rasa dia akan maafkan segala salah dan silap aku?”

(p/s: Bilakah episod ni akan berakhir? Mungkinkah ada Entry Yang Boring Skit Pt. 4? Ntahlah…)

Monday, September 14, 2009

Just Another Thought

It has been quite some time since Science and Math in English policy was abolished.

I was having sahur with my roomate and one thing led to another.

This topic came up because we were talking about this one professor who teaches us this semester.

I remember when she said:

"It's a sad thing to see coz we always stop in the middle and we never finish what we start. Seriously, it's a total BULLSHIT!!!"

She was actually referring 'we' to those who decided to abolish the policy.

When we were having this discussion in class, one my classmates pointed out:

"They say it's a burden to the students having Science and Math in English. One of the bloggers I know said that the policy would not help the Malay students as well as those who are in rural areas. I wonder why they are giving such standard to the Malay students as well as those in rural areas?"

Standard???

Yup, these people mentioned that.

One of the bloggers that I know also said the same thing.

PPSMI is a burden to Malay students and those in rural areas.

(Jap.. Let me point this out in Malay...)

Aku heran nape perlu kite letakkan standard macam tu pada budak-budak Melayu dan mereka yang dok pendalaman.

Kenape?

Budak-budak Melayu sekarang bodoh sangat ke sampai diaorang takleh nak blaja Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris?

Dan budak-budak yang dok pendalaman? Mundur sangat ke diaorang sampai diaorang takleh nak paham ape yang diajar?

Bagi aku secara peribadi adalah TAK!!!

Budak-budak Melayu dan mereka yang dok pendalaman TAK seteruk yang disangka.

Malah mereka lebih pandai sekiranya diberi peluang untuk majukan diri.

Dan bagi aku, yang paling penting, CIKGU yang mengajar diaorang tu...

Diaorang kena pandai motivate pelajar untuk belajar.

Tapi apa yang menyedihkan, sesetengah guru tidak berminat untuk bantu pelajar.

Ape yang diaorang sibuk adalah DIRI SENDIRI!!!

Sedih bile memikirkan ada sesetengah guru yang mengajar bukan untuk majukan anak bangsa tapi hanya untuk dapat GAJI BUTA.

Aku sendiri datang daripada pendalaman kat Sarawak tapi I can still speak and write well in English.

Aku bukan nak bangga diri tapi cikgu-cikgu di sekolah aku dulu cukup amik berat tentang para pelajar.

Dan mereka cuba pelbagai cara supaya pelajar dapat kuasai Bahasa Inggeris dengan baik.

Dan inilah para guru yang sibuk MAJUKAN ANAK BANGSA dan bukan melepas batuk di tangga.

(Jap.. Nak tukar bahasa balik...)

So, whatever it is, the policy has been abolished.

I really hope that teachers who read this would realise their responsibility.

Whatever things you wanna say regarding this entry, it's up to you.

Coz for me, there's no point arguing.

The policy was already abolished.

(p/s: My teacher once said, "Shah, it's hard to change people completely but a little change would make a great difference in our life.")

Sunday, September 13, 2009

Who Wants To Watch Movie?

Seriously, I had a BLAST in Penang.

MySpace

It's has been a long time having all the fun and excitement being out of the Sintok jungle!!!

Well, lets make it short and simple.

If you wanna watch a movie that can make you laugh from the very beginning until the end, you should watch this...

V

V

V

Seriously, for those who love the genre of comedy romantic, this movie suits your appetite.

Well, I am totally full after watching the movie. (Don't get me wrong, I'm full with happiness not with food. It's fasting month. Hahaha...)

However, the most important thing is I was watching it with Miss Penguin.

I'm so glad that we watched this movie together.

MySpace

And...

If you wanna waste your time and money, I suggest that you should watch this:

V

V

V


Arghhh!!!

It's a total CRAPSHIT!!!

MySpace

I watched the previous movies but they were nothing like this one.

I even watched it in 3D.

I was expecting more but...

Miss Penguin told me:

"I dozed off coz the movie is too boring"

Well, she's right.

I was about to dozed off as well but managed to keep my eyes opened throughout the movie.

MySpace

So, pick your movie now and...

HAPPY WATCHING!!!

(p/s: I can't believe Gerard Butler can act in this kind of movie. HE IS SUPERB!!!)

Friday, September 11, 2009

HAPPY BIRTHDAY!!!

Arini, genap setaun blog ni aku tulis.

Banyak perkara yang dah jadik dalam hidup sepanjang aku blog.

Macam tak caye da setaun aku blog.

Apapun, aku nak ucapkan terima kasih banyak-banyak pada followers yang sudi ikut blog aku dan sudi komen.

Tanpa korang, A Lifetime Saga tak bermakna.

Harap sokongan korang akan berterusan sampai bila-bila k?

For my blog...

HAPPY 1ST BIRTHDAY!!!

zwani.com myspace graphic comments
Myspace Happy Birthday Comments & Graphics


(p/s: Korang rasa aku patut tukar tak layout blog aku ni?)

Thursday, September 10, 2009

Rezki Bulan Ramadhan

Lama giler aku tak update kan?

Nak wat macam mana, aku sebok ‘bertapa’ dalam bilik.

Untuk tiga hari berturut-turut perah otak untuk assignment dengan kuiz.

MySpace

Bermula daripada Isnin sampai Rabu.

Sabau je la..

Tapi dalam busy-busy tu pun, rezki aku masih murah.

Sebab...

Aku dah dapat LESEN KETA!!!

MySpace

Hahahaha…

Korang tau tak aku amek masa 6 bulan nak dapatkan lesen nih.

Lama kan?

Aku tangguh banyak kali gara-gara exam dengan cuti.

Tapi syukur sangat-sangat sebab dah dapat.

Yang paling bestnyer, aku wat SEKALI je!!!

Inilah REZKI BULAN RAMADHAN…

MySpace

Disinilah tempat aku blaja.. ILMU BARU SDN. BHD. Diaorang caj cuma RM568 untuk keta. Murahkan?


My lucky number!!! Aritu cuma ada 54 orang je yang pegi test keta. Aku yang second last.


Laluan 3.. Aku paling tak ske laluan ni. Traffic jam memanjang!!!


Nak tau tak? Dialah satu-satunya warga emas yang amek lesen aritu. Umo dalam 70-an.


I’m a legal driver now… Saje blurkan..

(p/s: Pasni leh la berjalan jauh lagik!!! Hahaha..)

Friday, September 4, 2009

Wujud Plak Dia Ni...

Dalam banyak-banyak hal kat dunia ni aku leh terpikir tentang dia..

MySpace

Ntahlah…

Lagu yang wat aku ingat kat dia tetiba berbunyik dalam laptop ni.

Hampeh siot lagu tu!!!

MySpace

Teringat plak daripada mula sampai akhir kesah-kesah lama aku.

Mungkin aku bengong time time tu…

Ye la… Aku dok terkejar-kejarkan dia.

MySpace

Sanggup call tiap masa sebab nak tau keadaan dia.

Walaupun pada hakikatnya dia tak penah berminat pun nak share hidup dia dengan aku.

Dia selalu gitau aku yang dia pengsan.

Aku risau giler sampai takleh nak wat keje.

Kekadang tu jenuh gak coz bile aku call tak berjawab.



Baru-baru ni, dia jalani scan untuk otak.

Tapi dia takmo bagitau apa keputusan dia.

Aku risau tapi dia macam tak risau pun.

Lagipun sapalah aku ni nak risaukan dia kan?

MySpace

Dia bukan sayang aku pun…

MySpace


Kali terakhir sembang ngan dia, mulut aku tercabul skit. Aku kata:

“Ish, payah betol sembang ngan orang lambat pick-up nih!!!”

Dan terus dia fire aku balik:

“Mulut CABUL!!! Aku tau la aku sakit otak!!!”


Walhal, aku takde niat pun nak kata dia macam tu..

Aku sebenarnya nak bagitau yang aku cukup sayangkan dia dan aku nak lebih daripada sebagai seorang sahabat.

Tapi dia tersalah tafsir.

Aku takde ruang nak explain dan last sekali, aku pun delete nombor hp dia dan segala yang ada berkaitan ngan dia.

Time tu hati aku sakit nak delete semua tu tapi nak buat macam mana, dalam pale hotak aku, memang dia dah tak sayang kat aku.

Macam baru semalam perkara ni berlaku.

Sedih tapi nak buat macam manakan?

MySpace

Biarlah aku teruskan hidup tanpa dia.


Aku ingat lagi janji dia:


“Ko dtg cni... Aku bawak ko datang KL. Then g umah aku kat N9. Aku bawak pusing Melaka. Amacam?"

(p/s: Ya Allah, sembuhkanlah dia.. itu je yang aku nak…)

Wednesday, September 2, 2009

Comel Tak Saya Pt. 2

Hai sume…

Eh, lupe lak nak bagi salam.

Assalamualaikum sume…

Ingat saya lagi tak? Kalo da lupe, saya la Danish.

Ahli keluarga terbaru The Drahmans.

Saya saje singgah jenguk korang. Lamakan kite tak jumpe?

Saya dah besar sikit.

Aritu saya ngan mummy g hospital. Saya da 6 kg taw!!!

Gemok tak saya?

Saya rindu kat ayah cik sebenarnya.

Lamanya tak jumpe ayah cik.

Mesti ayah cik pun rindu saya.

Tapi aritu saya cakap kat ayah cik, jangan rindu-rindu sangat. Nanti takleh nak wat kije.

Sekarang bulan posa. Kamu sume posa tak?

Saya pun posa tau. Hikhikhik…

Oklah, nak titon jap.

Yang dok dekat ngan ayah cik, jaga dia leklok tau.

Dialah ayah cik saya yang paling hencem.

Cekci tak saya?

(p/s: Ayah cik, belikan Danish songkok tau! Kalo takde nanti, camne Danish nak raya?)

Tuesday, September 1, 2009

Dugaan Dia

Dugaan Pertama:
Pas mandi aritu, aku pun bergegas ke bilik sebab dah lambat nak pegi Ko-k.

Time cucuk kunci dalam tombol, tetiba KUNCI AKU PATAH PLAK!!!

Solution nyer… aku kena pegi Mall esok sebab nak duplicate kunci baru.


Dugaan Kedua:

Masa tengah rush bersiap, aku pun amek spek aku kat atas meja.

Tetiba bingkai yang belah kiri TERCABUT!!!

Solution nyer… Ermm.. jap aku nak pikir.


Dugaan ni berlaku pada hari yang sama dan dalam masa jangka yang sangat hampir.

Nasib baek Dia bagi aku dugaan yang kecik-kecik lagi.

Kalo Dia bagi yang besau-besau, tak taulah macam mana aku nak handle.

(p/s: Sesetengah orang, dugaan kecik pun dah melatah. Dugaan besar? LU PIKIRLAH SENDIRI!!!)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...