My ClaN

Tuesday, September 15, 2009

Entry Yang Boring Skit Pt. 3

Dari Kacamata Firah

Pas kuliah, aku teringat si Firah.

Lama tak dengar khabar sahabat baik aku ni.

Jadi, aku pun call dia…

Aku: Salam Firah, ko pekabar?

Firah: Wasalam. Aku sihat Shah. Ko sihat?

Aku: Alhamdulillah, aku sihat. Ko posa tak ni? Ke ‘bendera Jepun’ berkibar?
(Sempat plak aku melawak kasar dengan Firah… Nasib dia takde depan aku, kalo tak dah lama aku kena hempuk ngan buku. Hehehe...)

Firah: Ish ko ni!!! Tanya soalan ntah pape. Aku posa la..

Aku: Ko ok?

Firah: Aku ok je…
(Kemudian, Firah diam untuk masa yang agak lama…)

Aku: Firah… Nape ni? Takkan ko teringat kat Azfar lagi?

Firah: Ntahlah Shah… Aku terkilan dengan apa yang dia buat kat aku. Aku sayang dia sangat-sangat tapi dia boleh antar mesej suruh aku jangan ganggu dia lagi. Aku sedih Shah. Bukan sekali dia buat macam tu. Dah dua kali. Aku sedih sangat-sangat. Aku tertanya apa salah aku kat dia?

Aku: Firah.. Yang lama tu biar la berlalu. Jangan pikir dah. Ko ada aku ngan kawan-kawan kite yang lain.

Firah: Thanks Shah…



Dari Kacamata Azfar


Satu petang, aku lepak ngan Si Azfar.

Tetiba…

Azfar: Shah, aku ada perkara nak cite kat ko.

Aku: Ape dia?

Azfar: Aku dah break ngan Lydia. Kami dah tak sehaluan. Aku dah tak tahan dengan sikap dia. aku tak tahan kena control.

Aku: Hah!!! Ko biar betik?

(Azfar menganguk… Dan air mata dia mula bergenang.)

Azfar: Shah… Aku rindukan Firah. Aku menyesal sangat-sangat dengan apa yang aku buat kat dia. Masa aku dengan Lydia, aku takleh nak lupakan dia. Segala yang aku buat dengan Lydia mengingatkan aku pada dia. Aku rindukan dia..

Aku: Sabarlah Azfar… Nak buat macam mana. Segalanya Dia dah takdirkan. Leh aku tanya sesuatu tak? Betul ke ko ada hantar mesej kat Firah? Dalam mesej tu ko gtau dia supaya jangan ganggu ko? Betul ke?

(Azfar menganguk..)

Aku: Astaga!!! Nape ngan ko ni Azfar? Nape ko antar mesej macam tu kat dia? Ko tau tak sebab mesej tu, dia terseksa sangat-sangat. Dia ikhlas bantu ko. Bagi balik semangat kat ko. Tapi nape ko buat macam tu?!

Azfar: Shah… Aku terpaksa hantar mesej macam tu. Lydia dapat tau yang aku selalu SMS Firah. Jadi aritu dia paksa aku mesej Firah macam tu. Aku takde niat nak sakitkan ati dia Shah… Aku terpaksa dan aku menyesal sangat-sangat sekarang!

Ya Allah…

Ape dah jadik ni?

Aku tak sangka semua perkara ni berlalu dengan terlalu pantas.

Kalo aku tau perkara yang sebenar, dah lama aku gtau Firah.

Sekarang, mereka berdua terseksa.

Ape nak jadik dengan kawan-kawan aku ni?

Patut ke aku buat sesuatu atau biarkan saje diaorang?

Patut ke?

Ya Allah..

Berilah petunjuk…

Sebelum berpisah petang tu, Azfar tetiba tanya…

“Shah, kalo aku mintak maaf kat Firah. Ko rasa dia akan maafkan segala salah dan silap aku?”

(p/s: Bilakah episod ni akan berakhir? Mungkinkah ada Entry Yang Boring Skit Pt. 4? Ntahlah…)

7 comments:

noor afzan said...

sambung la part 4 pulak yer shah..
harap2 hepi ending gitu..

imHepPie said...

bila ko nak kol aku lak??x tringat aku ke???

baincardin said...

Berdoa byk² yg terbaik bulan puasa ni utk mereka. Allah yg menentukan apa yg terbaik nanti utk mereka.

i'm shin... i'm inesen said...

even x kenai.. tp emo baca.. bukan apa.. bab dapat msg 'jangan ganggu' tu... uwaaaaaaaaaaaaaaaa

zetty said...

shah..org rase baek shah satukan diorg balik..terseksa org tgk...

I - s Y a said...

er ...

SasHa Lee said...

aku rasa baek ko tulun citer kan perkara sebnr kat Firah pasai azrai stil syang kat dia..
lepas tue.. segala2 berserah pada jodoh mereka..kalo ada jodoh tak kemana..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...