My ClaN

Wednesday, January 20, 2010

Jalan Itu...




Bila tengok gambar tu, aku teringat dengan sajak, "The Road Not Taken" yang dikarang Robert Frost. *korang ingat tak literature skolah menengah?

Sajak tu buat aku terpikir dengan pilihan yang aku buat dulu dan apa yang aku lalui sekarang.

Dulu lepas UPSR, aku dapat tawaran ke Sekolah Menengah Agama Igan di Sarawak.

Yang bestnyer, aku dapat tahu lepas ternampak surat tu disembunyikan mak aku atas rak. Hahahahaha...

Aku jumpe mak aku, tanya dia nape buat macam tu.

Mak aku cakap:

"Sekolah tu jauhlah..."

Aku pun pasrah coz malas nak bertekak dengan mak.

Entah macam mana, aku penah dapat offer untuk blaja kat Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu kat Negeri Sembilan.

Time tu, abah dah macam nak bagi pegi.

Siap tanya kat aku lagi:

"Abang nak pegi tak? Kalo betol-betol nak pegi, baik pikir cepat!"

Aku dah excited coz memang nak sangat belajar jauh.

Tapi last-last, mak aku cakap:

"Tak payahlah abang. Sekolah tu jauh..."

Macam nak pengsan bile mak aku cakap macam tu.
MySpace

Yang kat Sarawak pun, dia cakap jauh. Dapat semenanjung pun dia cakap jauh!!! Pengsan aku!!!

Last-last, aku dok menapak kat bumi Sarawak tercinta sampai Form 5.

Tup.. tup.. tup...

Dapat offer maktab kat Penang.

Aku punyelah excited coz dapat gak larik daripada family.MySpace

Dan sekarang, tengah on the way nak jadi cikgu.

Cuba korang pikir, kalo mak aku lepaskan aku pegi sekolah agama time tu, agak-agak aku amek course ape ek sekarang?




(p/s: Once you choose that road, u can't go back anymore. So, make a wise choice.)

8 comments:

GhOsToNe said...

nice pics..

jd ustaz kowt!

Judiene said...

ske bace buku poem and short stories dlu
hehehe

'AQILAH said...

jadi...ustad? hee...ingat...suka poem tuh

FaizalSulaiman said...

err setuju ngn ghostone.ustaz atau someone yg keje kat bahagian agama.;)
terpuji;)

e. indah said...

hahhaa yer lah buat teringat poem skolah menengah
mngimbau kenangan

Sir Matno said...

Hello Dik..

You might have become a Gedik Ustaz who would be loved by your students, I know for sure! Because You would have most probably met me at the sekolah agama too! hahahahah

By the way, I don't quite agree with you last statement where you said, "p/s: Once you choose that road, u can't go back anymore. So, make a wise choice"

I believe that life experiences will teach you to see if you can go back. Not everyone is as luck as you are to be able to make 'wise' decision to be who you are today. Some go thru times where they made 'the wrong decision' (as you put it) but eventually they go back and move the on the path that was 'meant' for them! so, i think it's the experience in the 'wrong path' that should guide us, not much of 'the wrong path' itself.

happy to hear that a teacher-in-heart to meet the 'hard' is in the making!

Mohd Fakhrurazi Jamaludin said...

xmungkin ko jadi ustaz.hahaha

baincardin said...

gambar tu diHDRkan ye Shari? cantik tu!

Tak kisahlaa jadi apa asalkan jadi org yg paling berguna dan berjasa utk kebahagiaan kedua ibubapa kita ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...