My ClaN

Thursday, July 30, 2009

OFFLINE...

Sori guys...

Offline lagi...

Ada hal lagik...

Hehehehe...


MySpace
(p/s: Nak teka lagi tak? Mana tau dapat promo freee lagik!!!)

Monday, July 27, 2009

Entry Yang Boring Skit Pt. 2

Tak sampai sejam lepas, aku terima terima satu SMS.

Eh, mesej daripada Firah!!!

Katanya...

"Shah, pasni aku xmau amek tau pasal Azfar!!! Pas aku tlg dia, bg dia comfort, dia leh kata jgn ganggu dia. Aku kecewa Shah. Niat aku nk tlg dia tapi dia wat mcm ni lagi kat aku."

Masya-Allah...

Ape da jadik ni?

Azfar... Azfar...

Ko tak penah berubah.

Hilang mood aku nak update blog ni...

(p/s: Pada yang tak paham ngan ape yang jadik, click SINI. Aku malas nak cite...)

Sunday, July 26, 2009

UUM Pulak Yang Kena...

Masa tengah bersantai kat cafe, tetiba aku dapat satu SMS.

So aku pun bukak dan baca.

Dalam ati kata...


"Hek eleh... Kalo nak pedajal aku, jangan la guna taktik kolot macam ni. Tak gentleman langsung!!!"


Pastu aku sambung bersantai hinggalah kawan aku,
Si Hans tetiba datang...


Hans: Shah, tau tak esok UUM start cuti?!

Aku: Eh ye ke? Nape plak? (Menjawab dengan muka pura-pura terkejut.)

Hans: Ada kes H1N1 kat UUM. Aku da call HEP, dia orang da confirmkan.

Aku: Hah!!! Ko biar betol!!!

Hans: Ye la... Aku nak balik umah ni. Bye!!!


Sekarang aku plak yang terkejut.

Hampeh tol!!!

Aku nak buat ape cuti seminggu nih?

Uwaa!!!!MySpace

Nak balik UMAH!!!!

SMS yang aku dapat...

(p/s: Stuck kat UUM lagi aku nih...)

Sticky Mode:Promo Lagik!!!

Ke mana aku menghilang untuk 4 hari lepas?

Tak lain dan tak bukan sebab…

AKU PEGI KURSUS BIRO TATANEGARA A.K.A BTN


So
, 3 bloggers yang berjaya jawab dengan tepat adalah…


1. Silverleaf
“Pergi BTN...kot....xpun pergi B.I.G....tak pun pergi P.P.L.......hahhaha banyak beno teke nye....”

2. Misz Nana
“Adakah kamu kene pergi btn??? XD”

3. Najmie
“I know2!! pegi BTN.. hahahaha.. Cepat2, promote my blog! hahaha..”

Memandangkan dia orang da berjaya jawab dengan tepat, so aku kena la promote blog dia orangkan?

Dan aku letakkan entry ni dalam STICKY MODE selama tiga hari.

Barulah promosi ni berjaya, tol tak?


Bagi aku blog Silverleaf ni:


~ Short and simple. (mamat ni kekadang wat karangan tapi aku gagah gak nak baca sebab suke cara dia tulis..)
~ Walaupun blog dia banyak cite ati dan perasaan, bagi aku apa yang disampaikan adalah jujur.
~ Owh, mamat hensem yang still tak kawen lagi ni sebenarnya senior aku kat Penang dulu tapi tak penah jumpa pun.
~ Korang patut baca blog ni coz blog ni memang SEMPOI!!!
~ lagi 1, kalo bukak blog dia, jadi la follower dia.
~ ni link dia, aeriallife.blogspot.com



Untuk blog Misz Nana ni plak:


~ blog dia sangat colourful. (sodap mata aku membaca.)
~ cara minah ni menulis sangat kreatif dan bahasa dia, mudah nak paham. (aku tak ske baca blog yang merapu.)
~ minah ni rajin update blog dia, so letak la dia dalam bloglist korang. (rajin gak bagi komen, so blog korang tak la sepi nanti.)
~ lagi 1, jadilah follower dia. Tak rugi dowh..
~ click kat link kalo nak baca, http://nanaluvlypeace.blogspot.com



Last
sekali, blog si Najmie ni plak:


~ aku rajin bukak blog minah ni coz ada lagu Korea yang BEST!!! (Lagu dia best, rugi korang tak bukak blog dia.)
~ walaupun minah ni tulis dalam bahasa omputih, jangan risau coz masih senang dibaca dan difahami. (lagi 1, dia tak wat karangan yang panjang-panjang tu.. kalo tak, haram jadah aku nak bukak tiap ari..)
~ seorang pengomen blog yang rajin tulis komen panjang-panjang. (aku penah tengok dia komen entry Judiene panjang lebar!)
~ macam besa, bukaklah blog dia dan jadilah follower dia.
~ jenguk dia kat link ni, http://knajmie.blogspot.com


Kepada yang tak berjaya, leh cuba lain kali k?
MySpace

(p/s: Aku heran satu perkara. Camner si Najmie leh teka dgn confidentnyer? Nak kena siasat ni.)

Tak Larat

Arini tak larat sangat...

Berjalan jauh pastu kena attend ko-k plak...

Pas ko-k, sakit pale ngan batuk makin menjadik.MySpace

Ni gara-gara makan buah.

So, lebih baik aku tido.MySpace

Tak larat tahap dewa dah ni.

(p/s: Aku migrain sebenarnya. Sekali kena. Perghhh!!! Sakit sampai ke urat mata.MySpace)

Friday, July 24, 2009

Dah Besar!!!

Masa tengah-tengah meroyan ngan kawan-kawan, N-Sean aku berbunyik.

Aku pun check.

Lor… Akak aku antar MMS rupenyer…

Time bukak tu, aku menjerit…

“Wah, comeynyer budak ni sekarang!!!"

Nama dia Izyani. Nak berkenalan?

Kalo ada kat depan aku, siap pipi dia aku gomol.

Anak ayah cik dah besar rupe…

Cepat giler masa berlalu.

Dulu dia kecik je!!!

Kecik je dia dulu kan?

Rasa macam tak sabar plak nak balik Sarawak.

Kalo jumpe die, siap la pipi ko yang montel tu…MySpace

Huhuhu…

(p/s: Gambar BTN tak dapat nak di-upload. Ada masa nanti aku wat k?)

Tuesday, July 21, 2009

Letih Kot..

Alhamdulillah, aku dah selamat balik daripada offline.

Time offline takleh nak bawak laptop.

Sebab tu blog aku ni bersawang.

Tapi yang penting, aku da balik kan?

Sekarang ni, aku LETIH sangat-sangat.

Esok ada kelas.

Aku malas tahap gaban nak pegi.

MySpace

Aku letih dan nak tido.


MySpaceNITE!!!MySpace

(p/s: Peraduan teka ke mana aku pegi da ada pemenang. Tunggu letih aku abes baru aku promote k?)

Friday, July 17, 2009

Sticky Mode: Offline

Nampak gambar kat bawah tu?


Kalo baju aku gulung macam tu, agak-agak aku nak g mana?

Hehehehe...

Sape dapat teka, aku PROMOTE blog dia kat blog aku.

Aku just nak bagitau korang yang aku akan offline untuk 4 hari.

Ada hal sket.

Korang jaga diri leklok tau?

(p/s: Nanti aku cite aku pegi mana. Korang jangan lupe teka tau?)

Thursday, July 16, 2009

Asas Keusahawan: Ngantok Mode

Daripada tadi aku dok melilau depan Serena sebab nak carik maklumat untuk assignment Asas Keusahawan.

Subjek ni subjek teras universiti dan dengan hati yang tak rela, aku terpaksa ambik.MySpace

Maklumat yang aku carik adalah pasal ‘Kesan Bantuan Kewangan’ kat Malaysia.

Tapi lain yang aku nak, lain pulak yang aku dapat.MySpace

Last-last, aku end up kat blog ni.

Semalam, sepatutnya ada kuliah untuk subjek ni tapi dibatalkan.

Tapi kuliah yang sebelum tu, hanya Allah je yang tahu betapa bosannya aku.


Mekasih kat Looi sebab bagi aku Smarties. Taklah aku ngantok sangat…


Sapakah lecturer yang memboringkan ni? Lu pikir sendiri la.. Untuk pengetahuan korang, lecturer ni cukup skema.


Amoi ni lagi sempoi. Siap tido lagik! Bukan dia je, ramai yang tido.


Ainul dan aku isi masa lecture dengan ni. Kalo nak baca, click la untuk besarkan.


Tepat pukul 2 petang, kelas abes.

MySpaceHepinyer!!!MySpace

“Jom berambus ikut hangin berhembus…”

(p/s: Lapar giler time kelas tu… Lain kali aku mesti breakfast sebelum masuk kelas. Hahaha..)

Wednesday, July 15, 2009

Entry Yang Boring Skit...

Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am. Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini:

Pelajar: Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang yang paling kita sayang? Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

Cikgu: Oh, awak nak tahu ke? Emmm…baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye… Mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.

Pelajar: Baiklah…apa yang saya harus buat?

Cikgu: Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.

Pelajar: Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.

Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya.

Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.


Cikgu: Mana rumput yang cikgu suruh petik?

Pelajar: Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.

Cikgu: Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas..

********************

Ape kena mengena cite kat atas dengan ape yang aku nak cite ni?

Oklah, aku nak share satu cerita dengan korang ni.

Tadi, kawan baik aku tetiba SMS.

Kawan aku tu namanya Firah.

Dia pesan…

Firah: Salam Shah, sory ganggu. Ko tolong tgkkan si Azfar tu... He needs his frens, jagalah dia elok2. Thanks (-_-)

Aku pun reply dan kami terus ber-SMS.

Aku: Ko tau x die cite kat aku semlm yg awek baru dia dok sound dia tiap ari. Ko tau kan yg awek dia tu ske control dia? Semlm time discussion, aku tgk mata dia bengkak. Dia ckp dia nangis nonstop byk ari da. Firah, aku nak ckp sumthg tp takut ko salah tafsir. 2 je…

Firah: Cakaplah…

Aku: Jgn salah tafsir apa yg aku nak ckp ni. Aku tetap hargai Azfar sbg kwn baik tp dia manusia biasa dan wat silap. Dia buat silap ble dia DUMP ko untuk kapel ngan minah tu. Aku xde hak nak judge dia tapi I can’t help not to. So diz is wat we call karma. Ape yg dia wat kt ko, dah tkena kat dia balik. Sori Firah tp nilah hakikatnya.

Firah: Ntahlah.. Aku xpenah pikir nk tgk dia suffer, x tlintas lgsung pun. But we shud b there wen he needs us… Its da least I can do… Pasal salah dia tu kita jgn pikir sgt, x ada org yg tseksa psl tu melainkan aku dan aku sebenarnya tak kesah berkorban untuk dia asalkan dia gembira.

Aku tergamam!!!

Aku tak sangka Firah boleh cakap macam tu…

Aku tak sangka Firah sanggup berkorban untuk Azfar yang penah buat taik kat dia dulu.

Mereka berkawan lebih daripada 10 tahun.

Imagine 10 years of relationship yang hancur sebab seorang minah yang P*KI*AK!!!

Firah penah nanges kat depan aku hampir setiap hari bila dia putus dengan Azfar.

Sampaikan aku tak tau nak wat ape da..

Memandangkan dua-dua kawan baik aku.

Aku diamkan diri.

Tak sangka plak perkara ni yang terjadi.

Sekarang, Azfar da jadi macam orang kena nasi kangkang. Ikut je cakap awek dia.

Kesudahannya?

Aku terpaksa tunggu dan lihat sekali lagi.

Ingatlah kata-kata ni..

"JANGAN TINGGALKAN ORANG YANG KITA SAYANG UNTUK ORANG YANG KITA SUKA KERANA ORANG YANG KITA SUKA AKAN TINGGALKAN KITA UNTUK ORANG YANG MEREKA SAYANG KEJARLAH APA YANG KITA SUKA TETAPI SAYANGILAH APA YANG KITA ADA"

(p/s: Kawan-kawan, hargailah si dia. )

Tuesday, July 14, 2009

Teringat...

Time bukak posa tadi, teringat plak kat Sarawak.

Kalolah aku leh dapat...

Laksa Sarawak

dengan…

Nasi Briyani Tok Janggut.

Memang nikmat sangat-sangat!!!MySpace

Sape nak pos kat aku???

Lagi satu, kedua-duanya boleh didapati di Chonglin Park. (Macam iklan Watson plak bunyinye…)

(p/s: Kepada yang rajin komen blog aku, thanks banyak-banyak. Aku selalu sempat nak update tapi nak jenguk blog korang tak sempat. Papehal, aku akan jenguk gak blog korang k?)

Monday, July 13, 2009

Lepak... Lepak...

Sebenarnya, aku menghilang beberapa hari yang lepas sebab aku pegi Penang.

Saje lepak kat Penang.

Lagipun, dok UUM bukan ada apa.(Monyet banyak arr..)

Kelas pun banyak yang dibatalkan.

So better aku berjalan kan?

Sampai je kat Penang aritu aku lepak jap kat Prangin Mall.

Ternampak kedai ni.

Bloggers Donuts

Ceh, nama kedainya ‘Bloggers’ tapi jual donut!

Tapi time tengok tu, terliur gak sebenarnya tapi aku tak berani.

Tak sure halal atau tak.

Mana tau dia letak daging B**I.

Hehehe…

Rupe-rupenye minggu lepas ada Konsert Tribute to Michael Jackson kat Prangin Mall.

Ini stage untuk konsert tu..


Melepas nak tengok tribute ni.. Huhuhu..


Sepanjang aku jalan kat situ, lagu MJ daripada awal sampai abes.

Best gak sebab aku pun baru sedar banyak lagu MJ yang best!

Yang aku paling suke, “You Are Not Alone”. (pengaruh si Judiene…)



Pas melepak kat Prangin, lepak plak kat Gurney Plaza.

Sebabnya, Cinat janji nak belanja kita orang makan Seoul Garden.

So ape lagik!!!

Belasah je la…

The one and only, Seoul Garden.


Banyak tempat kosong aritu...


Pilihan makanan yang banyak giler... Makan la sampai pecah perut.


Time ni yang paling best... Main masak-masak.. Hahaha...


Ni makanan yang Cinat amek.. Amek makanan tak ingat dunia tol..


Masa baru mula nak makan


Time lepas makan.. Time ni tak larat nak makan da...


Kakakku yang poyo... Siap letak pale atas bahu aku lagik! Ngada-ngada..



Muka-muka happy sebab dah terlebih makan.. Wakakaka..


Yang tensionnya time pegi Seoul Garden ni, Cinat dok amek makanan banyak-banyak pastu aku ngan Fami yang mengabiskan.

Hampeh!!!


Pastu, kita orang nak balik maktab.

Letih giler pas makan...

Masa on the way balik ke maktab, tetiba Cinat kata…

Cinat: Awak ngan Fami teman akak g PISA esok nak?
Aku: Watpe g PISA? Baik lepak Queensbay.
Cinat: Kat PISA ada jualan gudang. Harga barang murah giler. Jom la.. Jom la..
Aku & Fami: Okkk!!!

So esoknya, kita orang pegi la PISA.

Mak oi!!! Sale tahap gaban nih!!!

Barang murah nak mampos!!!

Selamat datang ke PISA!!!


Maskot PISA yang bernama Cinat. (Maskot ni pakai baju kurung, tak pakai kostum.)


Warga Penang, jom SHOPPING!!!


Banyaknye orang...


Jeans Diesel yang harga murah giler!!! (Tapi aku tak beli pun...)


Timbunan teddybear yang harga daripada RM10-RM70. Murah kan? Besar-besar lak tu!!!


Cinat nyebok gak nak teddybear. Huhuhu..


Teman Cinat bayar lak..


Cinat yang keletihan sebab shopping banyak sangat. Sampai tertido dalam bas. Hahahaha..


Pas abes beli, kita orang blah balik UUM.


Malam tu plak, aku ada discussion Ko-k…

Huhuhu…

(p/s: Jarak UUM ke Penang da lebih 2 marhalah kan? So, ari tu aku dikira musafir, skip solat Jumaat takpe kan? Hehehe..)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...