My ClaN

Wednesday, July 15, 2009

Entry Yang Boring Skit...

Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am. Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini:

Pelajar: Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang yang paling kita sayang? Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

Cikgu: Oh, awak nak tahu ke? Emmm…baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye… Mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.

Pelajar: Baiklah…apa yang saya harus buat?

Cikgu: Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.

Pelajar: Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.

Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya.

Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.


Cikgu: Mana rumput yang cikgu suruh petik?

Pelajar: Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.

Cikgu: Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas..

********************

Ape kena mengena cite kat atas dengan ape yang aku nak cite ni?

Oklah, aku nak share satu cerita dengan korang ni.

Tadi, kawan baik aku tetiba SMS.

Kawan aku tu namanya Firah.

Dia pesan…

Firah: Salam Shah, sory ganggu. Ko tolong tgkkan si Azfar tu... He needs his frens, jagalah dia elok2. Thanks (-_-)

Aku pun reply dan kami terus ber-SMS.

Aku: Ko tau x die cite kat aku semlm yg awek baru dia dok sound dia tiap ari. Ko tau kan yg awek dia tu ske control dia? Semlm time discussion, aku tgk mata dia bengkak. Dia ckp dia nangis nonstop byk ari da. Firah, aku nak ckp sumthg tp takut ko salah tafsir. 2 je…

Firah: Cakaplah…

Aku: Jgn salah tafsir apa yg aku nak ckp ni. Aku tetap hargai Azfar sbg kwn baik tp dia manusia biasa dan wat silap. Dia buat silap ble dia DUMP ko untuk kapel ngan minah tu. Aku xde hak nak judge dia tapi I can’t help not to. So diz is wat we call karma. Ape yg dia wat kt ko, dah tkena kat dia balik. Sori Firah tp nilah hakikatnya.

Firah: Ntahlah.. Aku xpenah pikir nk tgk dia suffer, x tlintas lgsung pun. But we shud b there wen he needs us… Its da least I can do… Pasal salah dia tu kita jgn pikir sgt, x ada org yg tseksa psl tu melainkan aku dan aku sebenarnya tak kesah berkorban untuk dia asalkan dia gembira.

Aku tergamam!!!

Aku tak sangka Firah boleh cakap macam tu…

Aku tak sangka Firah sanggup berkorban untuk Azfar yang penah buat taik kat dia dulu.

Mereka berkawan lebih daripada 10 tahun.

Imagine 10 years of relationship yang hancur sebab seorang minah yang P*KI*AK!!!

Firah penah nanges kat depan aku hampir setiap hari bila dia putus dengan Azfar.

Sampaikan aku tak tau nak wat ape da..

Memandangkan dua-dua kawan baik aku.

Aku diamkan diri.

Tak sangka plak perkara ni yang terjadi.

Sekarang, Azfar da jadi macam orang kena nasi kangkang. Ikut je cakap awek dia.

Kesudahannya?

Aku terpaksa tunggu dan lihat sekali lagi.

Ingatlah kata-kata ni..

"JANGAN TINGGALKAN ORANG YANG KITA SAYANG UNTUK ORANG YANG KITA SUKA KERANA ORANG YANG KITA SUKA AKAN TINGGALKAN KITA UNTUK ORANG YANG MEREKA SAYANG KEJARLAH APA YANG KITA SUKA TETAPI SAYANGILAH APA YANG KITA ADA"

(p/s: Kawan-kawan, hargailah si dia. )

17 comments:

Fadhlah said...

baik nyer pepatah...kalau tok berjanggut putih tuuu

aien~s corner said...

hmm.. ain phm jln cte ni.. xla borg pn ikut title 2.. tp kn.. fira kne tnye dri sndri gak npe laki 2 brubh.. ain pn rs cm sedih gak utk dia n tgmm cm shah gak ng jwpn dia.. hm tp bg ain bia ms mnentu kn.. hm shah kn lg knal dia..hmm km slm kt k.fira ae.. ~~ngee

Eyna's said...

Sian dan baiknya lah si Firah tu... takpe w/pun dia tlah dikecewakan...dia pasti dapat pengganti yg lebih baik satu ari nanti...

Sape ek???
Adik akak ni ke?hehehhe...jgn mare...gurau2 pagi rabu je...

noor afzan said...

keisannya firah..
tapi kesian juga la kat azfar.
mmg manusia tida pernah lari dari buat silap..
so, buang yang keruh ambil yang jernih..
satu hari azfar akan sedar jugak kut~
doakan kebahagiaan sahabat kamu yer shah..

ichiban | いちばん said...

waaa... karangan.. haha aku x sempat baca.. bz giler nnti la bila2 senang aku baca ek.. keke

Fina said...

very goooooood entry.
saya pun dah pernah lalui b enda yang sama dengan firah.

sha89 said...

fuhh~ xboring pun..aku rase sdih plak baca entri ni...adess~

tu la kn...bnde dh jdi...btul ckp ko, life ni ade karma...wht goes around comes around. Tp ksian plak kat azfar tu, x psl2 kna queen cntrol ngn awek die.

tp mmg tabik spring la kat firah sbb sggup brkorban utk org yg die syg.

Cuma tu la, azfar kna terima pe yg jdi kat die sbb slah die tinggalkn firah. Tp aku rase mcm ssah nk cari org yg setia ek~ ape2 pun smoga smuanye berakhir dgn kebaikan la k..:)

hoo~ bnyk aku bebel ni..hehe :)

dkama said...

Rumput nan hijau adalah KEDAMAIAN bagi lembu... mungkin jugak aku...

10tahun = jangkamasa
putus = frust
wait n see = penantian
jodoh = Kuasa tuhan
-----PEACE------

Firol said...

Gua nak komen bab ni yg tak pandai..

sHaH said...

padlah: ada2 je abg ni..

aien: thanks bace.tak boring ek? for me it's quite boring.

eyna: hahahha.. bukan shah..

noorafzan: insya-Allah..

ichiban: karangan tu hnyalah sisipan semata2.

fina: thanks for the compliment fina..

sha89: sedey plak? aku plak yg boring.. hahahaha..

dkama:ko merepek pe?

firol: hahaha.. it's ok bro..

SasHa Lee said...

terdiam selepas membaca..dan berfikir semula.. dua2 kawan awk saya kesian.. Saya doakan diorang akan mdapt kebahagian..wlpn sya tak kenai mereka..

**tp kalo tak nak diri ini diselubungi perasaan yang tak tenteram..Wat solat Istikhrah..

**bile dah dpt jawpn dari solat itu.. percayalah hati kite akan jadi tenang semula..InsyaAllah..

Looi said...

For sure he's regretting ... but he's accepting the fact of karma. Whatever it is, I hope things will be ok for him after this.

Silverleaf said...

firah sounds like a nice girl....the only guy for her is a good guy....maybe everything is written for her to go through this pain to be stronger.....I really respect her...

sHaH said...

sashalee: ntahlah sasha.. payah nak kata pasal budak dua ekor tu.. huhuhu.. but thanks for the suggestion k?

looi: hello dear, do u know the story is about our very close friend?

silverleaf:entahlah abg.. firah tu macam takleh lupa kat si azfar.

yaziith su anaz said...

o dear,





nape die sangat baek?
gosh.
moga dia jumpa yang terbaek.

sHaH said...

yaziith: payah kan nak jumpe org mcm tu?

Eyna's said...

Salam Shah...jenguk2 lah kat umah akak...tengok2 kot ada keje skolah ke assignment ke yg tetinggal kat umah akk tu...hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...